Previu MSL 2019: PKNS FC Berhadapan Pasukan Yang Tengah ‘On Form’ KLFA

Aksi antara PKNS FC vs Kuala Lumpur boleh dikatakan derbi Lembah Klang ke-2 selepas KLFA dan Selangor.

Prestasi semasa

PKNS FC kini berada di tangga ke-6 liga. Manakala KLFA pula masih berada di dasar liga.

Berdasarkan prestasi semasa KLFA adalah lebih baik. Kuala Lumpur masih belum kalah dalam 4 perlawanan terakhir mereka dalam liga. Dengan 2 kemenangan dan 2 seri dalam 4 perlawanan terakhir.

de Paula, Kuala Lumpur, Kedah
FOTO: KLFA

Kontranya, PKNS FC selepas permulaan yang baik musim ini, skuad bimbingan K.Rajagobal bergelut dengan prestasi mereka. PKNS FC masih tak menang dalam 4 perlawanan terakhir. Namun di dalam ‘streak’ tak menang tersebut mereka ada kemenangan sekali lawan JDT dalam Piala FA.

Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir

Pertembungan di antara kedua-dua pasukan ini agak seimbang dengan masing-masing menang 2 dan juga seri sekali dalam 5 perlawanan terakhir.

Kuala Lumpur mahu tinggalkan zon penyingkiran

Selepas permulaan musim yang teruk, KLFA kini hanya 2 mata daripada zon selamat. Mereka hanya dibezakan 4 mata dengan PKNS FC yang berada di tangga ke-6.

Dengan prestasi semasa yang baik ini, maka KLFA pastinya bergantung kepada momentum yang ada untuk terus mendaki liga.

PKNS FC mahu bangkit semula

Prestasi tidak menentu di dalam liga super sememangnya merisaukan K. Rajagobal. Mereka memulakan musim ini dengan sangat baik.

FOTO: PKNS FC

Masalah utama PKNS FC adalah kerapkali berhadapan dengan isu ketumpulan di hadapan gol. Mereka memiliki set pemain yang boleh mencipta peluang gol secara berterusan.

Fakta perlawanan
  • Tiada clean sheet dicatatkan oleh KLFA dalam 6 pertemuan terakhir menentang PKNS FC – dalam liga [Liga Super/Liga Perdana]
  • KLFA masih tak kalah dalam 6 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan
  • PKNS FC hanya menang 2 kali dalam 6 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan
  • KLFA menjadi pasukan pertama dalam Liga Super melepaskan lebih 20 bolos (22) musim ini
Sebelum wisel

Sejak diambil alih oleh Chong Yee Fatt, KLFA telah memperbaiki prestasi mereka. PKNS FC pastinya sedar perlawanan ini bukan mudah untuk mereka – dalam usaha kembali mencipta kemenangan.

PKNS FC boleh memintas Melaka yang berada di tangga ke-5 jika mereka menang. Ini kerana Melaka keciciran mata semalam.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN