MSL 2019: Selangor Kekalkan Kedudukan Tangga Ketiga, Kongsi Satu Mata Di Darul Aman

Sandro, Selangor

Selangor masih belum mampu menewaskan Kedah di Stadium Darul Aman sejak musim 2016 dalam saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019 apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 dalam aksi minggu ke-11, sebentar tadi.

Begitupun, Gergasi Merah masih kekal konsisten dengan rekod tanpa kalah mereka dalam 6 perlawanan setakat ini.

Selangor dan Kedah tampil dengan corak menyerang yang baik sepanjang perlawanan namun dikecewakan dengan penyudah tumpul serta aksi cemerlang oleh kedua-dua penjaga gol.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak hadir dengan perubahan apabila Amirul Hisyam bergandingan bersama Fadzrul Danel dan menolak kapten, Baddrol Bakhtiar ke posisi yang ditinggalkan oleh Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada minggu ke-10.

Satu-satunya perubahan yang dibuat oleh B. Satiananthan adalah meletakkan Faiz Nasir di bangku simpanan dan menyenaraikan pertahanan kanan, Azreen Zulkafali. Ini menyaksikan perubahan posisi buat Syahmi Safari untuk beraksi di sayap kanan.

Perubahan ini menampakkan hasil apabila gandingan di bahagian kanan antara Syahmi Safari dan Azreen Zulkafali bersama Sandro da Silva berjaya menghasilkan gol pertama buat pelawat.

Selangor turun penuh semangat hasil beberapa keputusan positif yang diraih mereka dalam 5 aksi terkini liga. Beberapa asakan telah berjaya direncana oleh barisan serangan yang diketuai oleh Sandro namun dikecewakan dengan penyudah kurang menjadi.

Kedah pula tampil beraksi baik di hadapan penyokong sendiri namun sedikit kelonggaran di benteng pertahanan membolehkan Gergasi Merah berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-19 hasil rembatan padu Sandro di dalam kotak penalti.

Sandro
FOTO: MFL

Kedah dilihat mulai longgar sedikit di benteng selepas gol pertama tersebut namun harus berterima kasih terutamanya kepada Sean Selvaraj dan Syahmi Safari yang gagal menyudahkan beberapa peluang untuk menambah gol buat pelawat.

Hasil kesabaran Helang Merah mengatur beberapa siri serangan membuahkan hasil apabila akhirnya kapten, Baddrol Bakhtiar berjaya meledak gol penyamaan 3 minit sebelum aksi babak pertama ditamatkan menafikan gol pendahuluan Sandro.

Itu merupakan gol pertamanya musim ini selepas 11 penampilan. Musim lalu, Baddrol Bakhtiar meledak 4 gol dalam aksi li

Bermula babak kedua aksi lebih seimbang diperagakan dengan kedua-dua pasukan saling mengasak namun kelemahan ketara Kedah dan Selangor adalah keberkesanan jentera serangan masing-masing untuk menyudahkan peluang di zon final third.

Selain itu, mungkin benteng pertahanan tuan rumah dan pelawat sudah berjaya untuk lebih bertenang dalam membaca dan juga menafikan gerakan lawan terutamanya penjaga gawang.

Antara peluang terbaik tuan rumah adalah melalui penyerang, Fernando Rodriguez pada minit ke-56 yang hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, Farizal Harun namun disia-siakan oleh penyerang kelahiran Sepanyol itu dengan percubaan lemah.

Jonatan Bauman
FOTO: MFL

Peluang terhampir pelawat untuk menjaringkan gol hadir di minit ke-87 menerusi lambungan menarik bekas pemain Kedah, Halim Saari berjaya menewaskan penjaga gol, Ifwat Akmal yang keluar daripada tempatnya namun hanya menggegar palang gol.

Aksi dilihat kembali rancak menuju penghujung perlawanan selepas beberapa pertukaran dibuat oleh kedua-dua pasukan namun acap kali percubaan jentera serangan terutamanya Kedah menghampakan ribuan penyokong yang hadir.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan Kedah dan Selangor terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata dan membolehkan pelawat kekal satu kedudukan di atas Kedah di tangga ke-3 dengan 17 mata. Kedah kekal di kedudukan ke-4 dengan 16 mata.

Kedah: Ifwat Akmal (PG), Renan Alves, Khairul Helmi, Rizal Ghazali, Azmeer Yusof, Amirul Hisyam, Fadzrul Danel (76′ Hidhir Idris), Baddrol Bakhtiar (K), Farhan Roslan (66′ Fayadh Amin), Jonatan Bauman, Fernando Rodriguez (87′ N. Thanabalan)

Selangor: Farizal Harun (PG), Taylor Regan, Michal Nguyen, Azreen Zulkafali, K. Prabakaran (72′ Fandi Othman), Abdul Halim Saari, K. Sarkunan (K), Sandro da Silva, Syahmi Safari, Syazwan Zainon (85′ Faiz Nasir), Sean Selvaraj (73′ Amri Yahyah)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN