Analisis Taktikal Piala Eropah 2016 : Sepanyol v Republik Czech (1-0)

Gerard Pique Mejaringkan Gol Kemenangan Lewat.

Pique menjaringkan gol pada minit ke-87  untuk memastikan juara bertahan Euro, Sepanyol mendapat 3 mata penuh daripada perlawanan sukar menentang Republik Czech.

[adrotate group=”2″]

Permulaan

Sepanyol memulakan perlawanan dengan 4-3-3 manakala Republik Czech memulakan perlawanan dengan 4-2-3-1.

Sepanyol banyak menekan lawan dengan 3-4-3 atau 3-3-4 manakala Repbulik Czech tidak ada perubahan strukur yang banyak dalam serangan.

Cuma ketika bertahan pasukan Republik Czech akan cuba meramaikan pemain di belakang bola sehingga 6-8 pemain.

line up

Taktikal Sepanyol

Dominasi Sepanyol Sepanjang Perlawanan

Sepanyol mendominasi perlawanan ini dengan efisien. Craig Bellamy sendiri dalam ulasan beliau menyifatkan pasukan Sepanyol sedang bermain perlawanan latihan dengan penguasaan bola 65%-70%.

Sepanyol pressing and pressuring di high area. Gerard Pique dan Sergio Ramos pada berberapa ketika bermain seperti pemain midfielder.

Ini adalah heatmap Pique dengan Ramos.

pique ramos

Mereka melepaskan Alba dengan kerap di sebelah kiri kerana Alba ada kepantasan dan kelincahan untuk membantu Nolito yang lebih cenderung bermain secara narrowing.

Kesabaran Sepanyol.

Kami sangat kagum dengan kesabaran pasukan Sepanyol untuk terus bermain dalam organisasi taktikal tanpa ada rasa terlalu pasrah dengan corak defensif pasukan lawan.

Ada banyak pasukan akan mulai panik dan hilang fokus apabila berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan kualiti tinggi seperti Republik Czech.

Namun, tidak pasukan Sepanyol, mereka berterusan cuba mencipta peluang dengan cara mereka iaitu dengan cuba menyusup masuk kedalam kotak penalti dan mencari target man mereka , Morata.

Morata agak sukar dalam perlawanan ini kerana organisasi pertahanan Republik Czech banyak mengurangkan connectivity beliau dengan midfielder Sepanyol.

Statistik Morata adalah : 4 cubaan gol, 2 cubaan tepat, 1 cubaan dihadang (blocked), 1 cubaan tersasar.

Cuma berberapa peluang tetap mampu dicipta untuk Morata kerana kreativiti pasukan Sepanyol yang sangat tinggi.

Kesabaran in terbalas apabila mereka mencipta gol di saat saat akhir melalui kombinasi 2 pemain Barcelona iaitu Pique (penjaring) dan Iniesta (assistant).

spain goal

Iniesta The Maestro

Kehilangan pemain seperti Xavi Hernandez bukanlah kehilangan yang besar untuk Sepanyol dengan adanya pemain seperti Iniesta yang masih ada di dalam pasukan.

Iniesta dengan cemerlang melakukan 91% hantaran tepat daripada 93 hantaran yang dilakukan. Ia adalah jumlah yang sangat tinggi dengan kesukaran mengalirkan hantaran melalui pemain Republik Czech yang berkampung di kawasan sendiri.

Iniesta

Iniesta turut mencipta 5 peluang gol dan akhirnya mencipta satu assist. Ia adalah kredit kepada pemain pertahanan seperti Gerard Pique yang sentiasa reliable dalam membantu pasukan untuk menjaringkan gol melalui situasi bola tinggi.

Taktikal Republik Czech

Bertahan Dengan Ramai Pemain

Pasukan ini jelas bermain untuk tidak kalah dalam perlawanan ini. Dalam erti kata lain mereka akan berpuas hati dengan apa sahaja nilai mata yang mereka boleh bawa balik.

Kesemua pemain mereka berjaya bermain dengan baik ketika bertahan walaupun ada berberapa ancaman Sepanyol gagal dimatikan kerana ruang yang terlalu sesak di hadapan Petr Cech.

Heatmap di bawah jelas menunjukkan pasukan ini sangat banyak bermain di defensive third terutamanya di dalam kotak penalti.

cec

Pasukan ini berjaya melakukan 13 interceptions, 34 clearances, dan 17 blocks ketika bertahan. Ini adalah chalkboard untuk 34 clearances mereka.

inter

Kepentingan Rosicky

Pasukan ini jelas sekali masih bergantung kepada veteran Thomas Rosicky. Dalam perlawanan ini Rosicky adalah pemain terbaik mereka.

Rosicky berjaya memulakan berberapa ancaman dan juga hantaran bahaya, terutamanya pada separuh masa kedua namun, kualiti pemain Republik Czech sangat jauh bezanya dengan pasukan Sepanyol.

Verdict

Ia adalah perbezaan teknikal dan taktikal yang terlalu jauh di antara kedua dua pasukan. Sepanyol adalah pasukan terbaik dalam semua aspek dalam perlawanan ini.

Republik Czech perlu lebih yakin dengan kemampuan mereka untuk lebih ofensif. Ini kerana mereka jelas ada kualiti tersendiri dengan kemampuan untuk menyerang dan mencipta peluang.

Cuma masalah dalam perlawanan ini adalah mereka terlalu fokus untuk membuatkan Sepanyol frustrating dan sangat sedikit usaha untuk bermain lebih ofensif.

Untuk pasukan Sepanyol, ia adalah karakter tertinggi untuk bangkit daripada mimpi ngeri di Piala Dunia yang lalu.

Ia adalah kemenangan yang selayaknya untuk pasukan yang bermain menyerang dan agak malang untuk Petr Cech yang hampir mendapat kredit yang lebih besar jika mereka berjaya mendapatkan 1 mata.

Man Of The Match :

Kami memilih Andreas Iniesta sebagai pemain terbaik.

Statistik

stats

2

 

900px x 600px-2

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN