Paul Scholes kini sedang berhadapan dengan dakwaan salah laku oleh Football Association (The FA) kerana melanggar peraturan membabitkan pertaruhan di dalam bola sepak.
Bekas pemain tengah Manchester United dan England itu dikatakan bertaruh sebanyak 140 kali di dalam tempoh empat tahun sehingga Januari lalu. Pada masa yang sama, Scholes adalah pemilik bersama Salford City yang beraksi di Liga Nasional (National League).
Peraturan ketat The FA
Tidak ada kenyataan mengatakan Scholes bertaruh untuk keputusan perlawanan membabitkan Salford. Scholes juga tidak melakukan sebarang taruhan ketika tempoh singkat bergelar pengurus Oldham Athletic.
The FA sebelum ini mengetatkan peraturan membabitkan pertaruhan di dalam bola sepak pada 2014 dengan tidak membenarkan mana-mana individu yang terlibat di setiap peringkat piramid bola sepak Inggeris dari melakukan pertaruhan.
Scholes dikehendaki untuk menjawab pertuduhan oleh The FA sebelum 26 April hadapan, dan beliau dijangka akan didenda dan bukan digantung akibat dari perbuatannya itu.
Di England, pertaruhan membabitkan bola sepak sentiasa menjadi isu apabila perbandingan taruhan yang dilakukan oleh pemain yang dibandingkan dengan individu yang tidak terlibat secara langsung seperti pemilik kelab, pengarah dan pemegang saham.
Terdapat hujah mempersoalkan hanya pemain, jurulatih atau pengurus yang terlibat secara langsung di dalam perlawanan.
Penjelasan The FA
Namun jurucakap The FA sebelum ini menegaskan peraturan sedia ada tidak membenarkan langsung sesiapa sahaja yang berada di dalam hierarki bola sepak dan kelab dari melakukan pertaruhan.
“Peraturannya sangat jelas iaitu sekiranya anda bekerja di dalam [industri] bola sepak, anda tidak boleh melakukan pertaruhan berkaitan bola sepak,” ujar jurucakap The FA tersebut
“Tanpa mengira sama ada anda bertaruh untuk kelab lain, atau di negara lain, jika anda terlibat di dalam bola sepak, semua bentuk pertaruhan adalah tidak dibenarkan.”
Langkah oleh The FA dipercayai untuk menjamin bola sepak di negara tersebut terus bersih dari sebarang bentuk pengaruh yan