Tok Gajah Tewaskan PKNS FC 2-1, Terus Ekori Rapat JDT Di Persada Liga

Pahang memastikan mereka terus berada di dalam landasan untuk bersaing memburu kejuaraan pada musim ini apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan PKNS FC 2-1 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Kemenangan malam tadi adalah kemenangan keenam Pahang pada musim ini dari sembilan perlawanan yang sudah dilalui – menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh mengekalkan rekod tanpa kalah yang turut dimiliki oleh JDT setakat ini.


Bagaimanapun skuad Tok Gajah ketinggalan dua mata berbanding pendahulu JDT yang menguasai pendahuluan liga hasil tujuh kemenangan dan dua seri – termasuk kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC pada Sabtu lalu.

Pahang bermula dengan garang selepas kecewa diikat PJ City pada minggu sebelumnya di Kuantan melalui beberapa percubaan, namun dinafikan oleh penjaga gol skuad Semut Merah, Mohd Zarif Irfan Hishamudin.

Pahang bagimanapun dikejutkan oleh gerakan pantas yang bermula daripada Zarif yang pantas membaling bola ke arah Kpah Sherman.

Penyerang import itu melakukan larian solo, selepas menewaskan seorang pertahanan lawan, sebelum melorongkan bola kepada pemain importd ari Kemboja, Chan Vathanaka yang menewaskan Helmi Eliza untuk gol pembukaan pada minit ke-13 perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang kembali mengancam kubu PKNS FC, sebelum berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-24 perlawanan melalui Dickson Nwakaeme, yang menyudahkan hantaran Mohamadou Sumareh dari sebelah kanan serangan Pahang.

Pahang terus mengasak seelpas itu, namun kecemerlangan Zarif memastikan kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Pahang hampir berada di hadapan namun percubaan Safuwan Baharudin pada minit ke-46 perlawanan sekadar menggegarkan tiang gol. Skuad Tok Gajah turut menyaksikan beberapa peluang terhidang turut dipersia-siakan oleh barisan hadapan.

Namun demikian gol kemenangan yang dicari-cari akhirnya tiba buat skuad kendalian Dollah Salleh melalui Ze Love, selepas pemain itu menolak masuk bola muntah hasil situasi kelam kabut di hadapan gawang PKNS FC poada minit ke-75 perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN