Harini Mahu Selamatkan Bola Sepak Perlis Dengan Menubuhkan Perlis FC

Perlis Kedah 2018

Sebuah syarikat swasta berpangakalan di Selangor iaitu Harini Sdn. Bhd. telah menyatakan bahawa mereka akan menubuhkan pasukan kelab di Perlis. Ianya dianggap langkah untuk menyelamatkan bola sepak di negeri Perlis.

Nama pasukan yang akan ditubuhkan oleh syarikay itu adalah Perlis FC. Pasukan tersebut akan mewarnai kancah bola sepak Malaysia.

Harini menganjurkan Liga Harini di Perlis dan mahu mengketengahkan bakat-bakat bola sepak terutamanya bakat tempatan dari negeri tersebut – untuk diserap ke dalam pasukan Perlis FC.

Mereka berharap akan dapat beraksi dalam saingan liga M3 musim hadapan. Liga Harini menghimpunkan 25 pasukan dari dalam dan luar negara termasuk Thailand dan Indonesia. Ianya akan bermula pada akhir bulan ini.

Dalam kenyataan mereka, Harini menegaskana pasukan yang menjuarai liga akan diberikan peluang untuk mewakili Perlis FC.

Jurucakap Harini Sdn. Bhd, Nor Azhar Rosli berkata: “Kami bergerak sendiri dan tidak ada kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sama ada secara langsung atau tidak.”

Beliau cuma berinteraksi dengan PFA untuk memberitahu akan penganjuran liga tersebut di Perlis – memandangkan PFA merupakan badan induk bola sepak Perlis.

Harini juga sudah memberitahu PFA akan projek mewujudkan Perlis FC selepas liga tersebut.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Nor Azhar berkata: “Kami tidak menganggu perjalanan PFA.”

“Perlis FC pula adalah hak individu atau swasta dan pasukan berteraskan perniagaan. Sebagai tanda penghormatan kami sudah maklumkan kepada mereka mengenai objektif Liga Harini.”

Azhar juga mengesahkan mereka pernah berminat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan PFA, namun atas beberapa kesulitan, ianya terpaksa dilupakan. Harini berikrar mahu membantu pembangunan bola sepak di Perlis.

Jurulatih Skuad Presiden Perlis, Manja Man, mengalu-alukan usaha syarikat tersebut dalam membantu membangunkan bola sepak di Perlis.

Manja Man turut dilantik menjadi Pengarah Teknikal Liga Harini melihat perkembangan ini sebagai isyarat bahawa bola sepak Perlis masih bernyawa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN