Dato Hamidin Buat Keputusan Lepaskan Jawatannya Sebagai Naib Presiden AFF

Tidak sampai sebulan memegang jawatan sebagai naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF), Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin hari ini mengumumkan perletakan jawatannya itu yang dimenangi tanpa bertanding ketika Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, pada 17 Mac lalu.

Menurut kenyataan di laman facebook FAM, Hamidin menjelaskan keputusan itu diambil susulan pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023 pada 6 April lalu.

“Atas dasar menghormati semangat perpaduan dalam kalangan ahli gabungan AFF, saya dengan ini memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai naib presiden AFF berkuatkuasa serta merta.

“Susulan perbincangan dengan Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dan Jeneral Sameth, keputusan diambil ini bukan sahaja membolehkan saya lebih fokus pada tanggungjawab saya sebagai ahli exco AFC malah ia membuka laluan kepada rakan-rakan negara jiran menyumbang tenaga sebagai naib presiden AFF,” kata Dato’ Haji Hamidin.

FOTO: FAM

Turut terpilih menjadi Naib Presiden AFF ialah Dato’ Sri Zaw Zaw dari Myanmar yang mempertahankan jawatannya dan Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste.

AFF kini diterajui oleh Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja selaku Presiden, menggantikan Sultan Ahmad Shah, yang menolak pencalonan atas sebab-sebab kesihatan. Sameth, yang juga Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC), sebelum ini memegang jawatan timbalan presiden AFF.

Sameth menang tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Dato Hamidin adalah antara tiga ahli dari zon Asean yang dipilih sebagai Exco AFC selain Chris Nikou dari Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) dan Dr Tran Quoc Tuan dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) untuk mengisi tiga slot zon berkenaan. Mereka menang tanpa bertanding selepas calon dari Singapura, Winston Lee, menarik diri pada saat akhir.

Hamidin turut menyifatkan pemilihan beliau dalam jawatan AFC tersebut merupakan satu penghormatan kepada Malaysia sambil dapat mengukuhkan hubungan erat dalam kalangan badan induk bola sepak di Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN