Orang Datang Ke World Football Summit (WFS) Asia 2019 Kerana 5 Sebab Ini

World Football Summit Asia (WFS Asia) 2019 merupakan acara antarabangsa yang penting dalam industri bola sepak Asia. Dalam acara ini, individu-individu penting dalam industri akan berkumpul untuk membincangkan topik-topik relevan dan membentuk jaringan perniagaan baru.

Pada tahun 2019, WFS Asia akan menjadikan Sunway Pyramid Convention Centre sebagai pusat kepada industri bola sepak Asia. Jika bola sepak adalah sebahagian besar dalam hidup anda, adalah rugi sekiranya anda terlepas WFS Asia kali ini.

Berikut merupakan 5 sebab mengapa anda wajib menghadiri WFS Asia 2019.

1. Kongres dan ceramah industri berkelas dunia dari pakar

Sumber: WFS

WFS boleh diibaratkan seperti Festival Woodstock untuk industri bola sepak dunia. Ia adalah tempat di mana individu-individu penting dalam industri bola sepak berkongres tentang aspek-aspek penting seperti pentadbiran, kewangan, penyokong, pelaburan, teknologi dan penyiaran .

Antara individu-individu penting yang bakal berkongsi dalam WFS Asia 2019 nanti adalah Javier Tebas (Presiden La Liga), DYAM Tunku Ismail Idris (Presiden Malaysian Football League), Dato’ Windsor John (Setiausaha AFC), Mitsuru Murai (Pengerusi J.League), Robert Klein (CEO Bundesliga International) dan banyak lagi.

WFS Asia 2019 juga akan menampilkan syarikat-syarikat dan kelab-kelab dari seluruh dunia untuk berkongsi idea, kes kajian yang berjaya dan trend terkini dalam industri bola sepak. Antara syarikat-syarikat terkemuka yang bakal turun di WFS Asia 2019 nanti adalah Rakuten, MYCujoo, Pro Events, Sky Sports dan beberapa lagi yang terlalu banyak untuk disenaraikan.

2. Tempat terbaik untuk mencari peluang perniagaan baru

Sumber: WFS

Anda pernah dengar permata kata dari Robert Kiyosaki: “Orang kaya cari jaringan perniagaan, orang lain cari kerja”?

Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin mencari peluang baru dalam industri bola sepak, WFS Asia adalah acara yang wajib anda hadir. Jika anda sudah bekerja tetapi baru beralih ke industri bola sepak, WFS Asia adalah acara yang wajib anda hadir. Tempat khas untuk membuat jaringan perniagaan baru turut akan disediakan.

Di WFS Asia 2019, lebih 2,000 peserta, 60 pakar (70% merupakan eksekutif), 100 kelab, 100 media dari lebih 50 negara akan hadir.

3. StartCup: medan inovasi bola sepak Asia

Sumber: WFS

Jika anda ingin melihat apakah inovasi yang sedang berlaku dalam industri bola sepak Asia, WFS Asia 2019 adalah tempat terbaiknya.

Dalam WFS Asia 2019, 7 syarikat startups teknologi dari seluruh Asia akan berentap sesama sendiri untuk meyakinkan barisan juri bahawa produk/servis mereka boleh mengubah masa depan industri bola sepak global.

7 syarikat startups yang terpilih dalam StartCup WFS Asia 2019 adalah GameFace, GameReady, Huddle, LapangBola, Golazo, Playo dan Koppa.

StartCup WFS Asia 2019 dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC). Dalam WFS Asia 2019, MaGIC bertanggungjawab mempromosikan syarikat-syarikat startups dari Malaysia untuk menyertai dan mempromosi produk/servis mereka melalui StartCup.

4. Pameran dari syarikat-syarikat industri bola sepak

Sumber: WFS

WFS Asia 2019 turut akan menampilkan hasil-hasil kerja daripada beberapa syarikat, kelab dan persatuan dalam industri bola sepak. Jika anda ingin mengenali mereka dengan lebih dekat, anda wajib turun ke WFS Asia 2019.

Antara syarikat-syarikat yang bakal membuka reruai pameran mereka di WFS Asia 2019 nanti adalah Cruyff Institute, Hudl, Catapult, Instat, TenCate Grass, Minigols dan Semuanya BOLA sendiri! Jadi pastikan anda singgah ke reruai kami jika anda datang ke WFS Asia 2019.

5. Pertama kali diadakan di Malaysia

Sumber: AFC

Sejak dilancarkan 3 tahun lepas, WFS sentiasa dianjurkan di Sepanyol. Tetapi pada tahun 2019, buat kali pertamanya WFS akan dianjurkan di Asia – iaitu Malaysia.

Jika sebelum ini anda perlu merancang perjalanan untuk menghadiri WFS, kini anda boleh menghadiri acara ini tanpa banyak masalah memandangkan ia dianjurkan di tanah air kita – Sunway Pyramid Convention Centre secara spesifiknya.

Dapatkan tiket WFS Asia 2019 anda!

Nak sertai kongres bersama individu berpengaruh dalam industri boal sepak global? Nak dengar ceramah dari pakar industri? Nak berkenalan dengan individu-individu penting dalam industri? Nak cari peluang perniagaan baru untuk produk/servis syarikat anda?

Sertai WFS Asia yang bakal diadakan pada 29 dan 30 April 2019 di Sunway Pyramid Convention Centre!

Dapatkan tiket anda di pautan berikut SEKARANG: Tiket WFS Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN