Usaha Manchester United untuk merekrut pemain sedang meningkat naik, Hirving Lozano dari PSV Eindhoven mendapat sokongan dari bekas pemain, Javier Hernandez (Chicharito).
Lozano digandingkan bersama Hernandez membawa cabaran Mexico pada kempen Piala Dunia 2018 lalu.
Lozano membuka mata banyak pihak selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia dengan menyumbang satu gol dalam empat perlawanan bersama Mexico.
Di peringkat kelab pula, Lozano kini menjadi kunci utama kekuatan PSV Eindhoven dalam misi membantu kelab mengekalkan gelaran Eredivisie pada musim ini.
Sejak menyertai skuad ‘Rood-witten’ itu pada Julai 2017, Lozano telah menghasilkan 40 gol dan melakukan 21 bantuan gol dalam 71 penampilan bersama pasukan.
Tanya Hernandez
Sebuah akhbar mendedahkan bahawa Lozano ada menghubungi Hernandez untuk berbincang mengenai masa depannya. Beliau bertanya pendapat dan meminta nasihat dari Hernandez sebelum membuat pilihan terakhir.
Seperti diketahui, Lozano berhasrat untuk mengikut jejak Hernandez ke Manchester United selepas mendapat tawaran.
Namun begitu, beliau turut menerima tawaran lain dari Real Madrid dan Barcelona membuatkan beliau sukar membuat pilihan.
Menurut laporan tersebut, Hernandez menyarankan kepada Lozano untuk memilih Manchester United berbanding Real Madrid dan Barcelona.
Javier Hernandez yang pernah bersama Reds Devils selama 4 tahun turut berkongsi pengalamannya bersama kelab tersebut.
Harga mahal
Bagaimanapun, sumber tersebut juga mendedahkan Manchester United dijangka berdepan sedikit kesukaran untuk mendapatkan khidmat Lozano.
Lozano masih memiliki kontrak sehingga 2023. Beliau yang merupakan tonggak penting buat pasukan pastinya tidak akan dilepaskkan PSV dengan harga yang cukup rendah.
Jika United bertekad mahukan Lozano, ia akan memaksa kelab tersebut mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan penyerang berusia 23 tahun itu.