ACP (B) Dali Wahid Tidak Mahu Isu Tempat Lahir Akibatkan Integriti Pengadil Dipersoal

Pengadil

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid tidak mahu integriti para pengadil dipersoalkan hanya kerana tempat lahir mereka.

Selepas perlawanan Liga Super 2019 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United, malam kelmarin terdapat pertanyaan dan persoalan mengenai integriti pengadil perlawanan tersebut, Fitri Maskon yang dikatakan berasal dari Johor.

Sebagai makluman, pengadil berkenaan adalah berdaftar di bawah Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dan bekerja di Melaka. Beliau cuma lahir di Johor.

”Jangan hanya kerana beliau lahir di Johor, terdapat tanggapan atau persepsi bahawa integriti pengadil berkenaan telah dipengaruhi faktor terhadap negeri kelahirannya, sedangkan beliau hanya lahir di Johor tetapi berdaftar secara rasmi sebagai pengadil di Melaka dan turut bekerja di Melaka.”

Sebelum ini pun, FAM tidak pernah memilih pengadil untuk mengadili sesuatu perlawanan itu berdasarkan tempat lahir mereka, sebaliknya adalah mengikut negeri mana mereka didaftarkan.

Antara contoh pengadil berkenaan adalah seperti berikut:

* Mohd Amirul Izwan Yaacob yang lahir di Kedah tetapi berdaftar dengan Perak

* Razlan Joffri Ali lahir di Terengganu tetapi berdaftar dengan Selangor

* Nazmi Nasaruddin lahir di Kuala Lumpur tetapi berdaftar dengan Pulau Pinang

* Zulkarnain Zakaria lahir di Negeri Sembilan tetapi berdaftar dengan Kuala Lumpur

* Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim lahir di Kelantan tetapi berdaftar dengan Selangor

* Zulkifli Ahmad lahir di Perak tetapi berdaftar dengan Kuala Lumpur

Kesemua mereka ini mengadili perlawanan yang melibatkan negeri kelahiran mereka tanpa sebarang pertikaian pun dan apa yang berlaku pada perlawanan JDT bertemu Felda United, malam tadi jelas bukanlah sesuatu perkara baharu yang perlu dijadikan isu oleh sesetengah pihak.

Bagi musim 2019 ini, dalam kalangan mereka di atas ini telah mengadili perlawanan Liga Super membabitkan pasukan negeri kelahiran masing-masing seperti berikut:

* Mohd Amirul Izwan Yaacob mengadili perlawanan membabitkan negeri kelahirannya, Kedah yang bertemu PKNS FC pada 2 Mac 2019

* Razlan Joffri Ali mengadili perlawanan melibatkan negeri kelahirannya, Terengganu menentang Perak pada 1 Mac 2019

* Nazmi Nasaruddin mengadili perlawanan antara pasukan tempat lahirnya, Kuala Lumpur bertemu Pahang pada 1 Februari 2019

”Jelas di sini, tempat lahir pengadil tidak pernah dijadikan pertikaian atau isu sebelum ini kerana semua pelantikan pengadil perlawanan telah dilakukan dengan cukup profesional dan teliti mengikut negeri tempat pengadil-pengadil ini didaftarkan dan juga tahap kelayakan mereka.”

”Sebagai mengambil contoh lain, mengapa integriti seseorang pemain itu tidak dipersoalkan pula jika beliau beraksi menentang pasukan negeri kelahirannya, tetapi untuk pengadil, ia dijadikan pertikaian sedangkan umum mengetahui bahawa individu yang bergelar pengadil ini adalah seorang yang sentiasa profesional dalam menjalankan tugasnya.”

Malah untuk pengetahuan semua juga, sehingga perlawanan kelapan Liga Super diharungi JDT setakat malam tadi, FAM telah melantik lapan pengadil berbeza untuk setiap perlawanan yang membabitkan pasukan JDT itu, sekaligus dakwaan bahawa FAM meletakkan pengadil tertentu untuk secara berulang kali mengadili perlawanan membabitkan pasukan JDT adalah tidak benar.

Biarpun berpandukan Prosedur Pengendalian Standard (SOP), FAM sentiasa meneliti prestasi setiap pengadil dari semasa ke semasa dan akan memastikan prestasi pengadil pada perlawanan malam tadi turut dinilai dengan terperinci bagi memastikan kami dapat meningkatkan lagi mutu pengadilan para pengadil di negara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN