Juara bertahan Bayern Munich membelasah Borussia Dortmund 5-0, untuk kembali mendahului saingan Bundesliga dengan baki enam perlawanan untuk dilalui pada musim ini.
Sebelum perlawanan, Dortmund memiliki kelebihan dua mata ke atas Bayern yang berada di kedudukan kedua. Namun merea dikejutkan dengan aksi serangan agresif yang dipamerkan oleh anak buah Niko Kovac sejak wisel permulaan.
Bayern amuk
Kesungguhan Bayern terserlah seawal babak pertama perlawanan apabila mendahului seawal minit ke-10 melalui Mats Hummels. Robert Lewandowski, Serge Gnabry dan Javi Martinez melengkapka pendahuluan empat gol tanpa balas menuju waktu rehat separuh masa pertama.
Bayern kini berada dalam misi untuk mengejar gelaran liha ketujuh secara berturut-turut – dominasi yang hanya pernah dicabar oleh Dortmund sebelum ini.
Dalam perlawanan yang dianggap ‘terbesar di eropah’ pada musim ini, cabaran Dortmund bagaimanapun longlai – melebarkan rekod kekalahan kepada lima perlawanan berturut-turut ketika berhadapan dengan Bayern di Allianz Arena.
Situasi Dortmund dan Bayern berbeza sekali pada Disember lalu, apabila anak buah Lucien Favre memiliki kelebihan sembilan mata ke atas pesaing mereka itu, namun Bayern mengambil kesempatan untuk mengejar selepas prestasi tidak menentu Dortmund sejak tahun baru.
Pencapaian baru
Turut terhasil dalam perlawanan ini ialah pencapaian Robert Lewandowski yang menjadi pemain kedua terpantas menghasilkan 200 gol – selepas beraksi di dalam 284 perlawanan.
Jaringan ke-200 peribadi beliau di Bundesliga tiba pada minit ke-89 perlawanan untuk melengkapkan derita Dortmund.
Bayern kini mengejar kejuaraan liga ke-29 dalam sejarah kelab tersebut, dan kelab Bavaraian ini berpeluang meraih gelaran berganda di peringkat domestik selepas mara ke separuh akhir Piala Jerman.
Secara keseluruhan, ia adalah perlawanan Der Klassiker yang mengecewakan buat penyokong Dortmund dan mereka yang neutral.