Bintang Barcelona, Lionel Messi mengakui bahawa beliau merindukan aksi seteru utamanya, Cristiano Ronaldo dalam kancah La Liga.
Perseteruan kedua-dua pemain sentiasa menjadi hangat apabila peminat setia masing-masing sering membandingkan keupayaan dua legenda bola sepak dunia ini.
Ronaldo yang membantu Real Madrid menjuarai empat trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh lima tahun, memilih untuk berkelana di Itali bagi beraksi bersama Juventus.
Langkah ke Itali itu diambil selepas Ronaldo berjaya membantu Real Madrid merangkul empat trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh lima tahun.
Bagi Messi, pemergian Cristiano Ronaldo pada jendela musim panas lalu itu membuatkan dirinya merindui kelibat pemain kelahiran Portugal tersebut.
”Saya merindui Cristiano (Ronaldo). Walaupun sedikit sukar untuk melihatnya memenangi trofi, dia telah menjelmakan prestij buat La Liga.”
”Juventus merupakan calon hebat untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah sejak kehadiran Cristiano dan perlawanan menentang Atletico (Madrid) pasti memberikan mereka keyakinan yang tinggi.”
Pada pertemuan tersebut, Juventus kecundang 0-2 pada perlawanan pertama di Madrid, namun kembali bangkit hasil jaringan hatrik Cristiano Ronaldo untuk menempah tiket ke suku akhir.
Pertembungan epik Messi dan Ronaldo mampu untuk direalisasikan pada musim ini sekiranya Barcelona dan Juventus berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung di Wanda Metropolitano, Madrid.