Khairul Helmi: “Tak Penting Saya Ada Atau Tidak Dalam Pasukan”

Khairul Helmi

Pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari menyatakan kepada The Star yang sama ada beliau tersenarai dalam kesebelasan utama adalah tidak penting. Baginya, pasukan lebih penting daripada individu.

“Jelas sekali, bagus untuk pasukan jika Renan (Alves) kembali beraksi. Sama ada saya bermain atau tidak, itu tidak penting,” ujarnya yang kini berusia 31 tahun.

“Bagi saya, pasukan lebih penting dan saya selalu tegaskan begitu sejak saya mula bermain untuk Helang Merah,” tambahnya lagi.

Ini berikutan persoalan daripada The Star mengenai kemungkinan yang dia bakal kembali ke bangku simpanan selepas Renan Alves balik daripada penggantungannya nanti.

Khairul Helmi kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kedah dalam perlawanan menentang Pahang, dua minggu lalu selepas Renan Alves mula menjalani penggantungannya.

Beraksi dengan baik, Khairul Helmi berjaya mengambil alih posisi pertahanan import  itu sebelum Pahang berjaya meledak gol hasil bola yang terbias di kepalanya – 4 minit sebelum masa tamat.

Perit dan pedih. Itulah yang perlu ditelan pemain yang boleh dikategorikan sebagai ‘one-club man‘ dalam skuad Jelapang Padi ini, namun beliau perlu kekal fokus untuk aksi berikutnya.

Ditambah pula dengan Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan bersidang pada Rabu (hari ini) mungkin akan menambah jumlah penggantungan Renan Alves.

Bercakap mengenai perlawanan menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat, Khairul Helmi percaya yang mereka sudah memiliki rancangan untuk menyekat lawan mereka itu – terutamanya penyerang sensasi mereka, Diogo Santo.

“Untuk mengawal Diogo, kita perlu terlebih dahulu menghalang bekalan hantaran bola kepadanya. Tetapi, masalahnya dia juga adalah salah seorang playmaker untuk pasukannya.

“Jumaat nanti, kami perlu bertahan sebagai satu unit dan perlu memastikan kami kekal fokus untuk menyekat semua hantaran-hantaran daripada pihak lawan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak telah melakukan banyak latihan bertahan di sesi latihan bersama pasukan dalam rehat perlawanan antarabangsa kali ini.

Kedah telah melalui beberapa siri perlawanan persahabatan dan Khairul Helmi menyatakan penekanan utama adalah bagaimana untuk mereka memperbaiki sistem bertahan.

Selepas 6 perlawanan, Kedah berada di kedudukan ke-3 liga, 5 mata di belakang pendahulu, JDT dan 3 mata di belakang pasukan kedudukan kedua, Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN