Venezuela Jelmakan Mimpi Buruk Pada Penampilan Semula Lionel Messi

Venezuela

Penampilan semula Lionel Messi di pentas antarabangsa langsung tidak menghadirkan gerun buat Venezuela setelah berjaya menundukkan Argentina 3-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Wanda Metropolitano, Madrid.

Messi kembali dipanggil membarisi skuad La Albiceleste selepas menyepi sebaik sahaja tamat saingan Piala Dunia 2018 di Russia.

Venezuela yang dibimbing Rafael Dudamel hanya memerlukan enam minit bagi membuka tirai jaringan menerusi penyerang Newcastle United, Salomon Rondon.

Jaringan tersebut berpunca hantaran jauh dari kawasan sendiri yang gagal dipintas pertahanan Argentina sekaligus memberikan peluang buat Rondon bagi meledakkan rembatan untuk menewaskan Franco Armani di gawang Argentina.

Messi yang berperanan selaku ketua pasukan pada perlawanan ini mencipta peluang terbaik apabila melakukan hantaran lintang cantik bagi mencari Lautaro Martinez.

Tandukan oleh Lautaro pada minit ke-30 itu bagaimanapun berjaya ditepis keluar penjaga gol, Wuilker Farinez.

MADRID, SPAIN – MARCH 22: Lionel Messi of Argentina controls the ball as Yangel Herrera of Venezuela looks on during the International Friendly match between Argentina and Venezuela at Estadio Wanda Metropolitano on March 22, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Venezuela terus melebarkan kedudukan pada minit ke-44 menerusi rembatan menarik yang diledakkan Jhon Murillo untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat babak pertama.

Ketinggalan dengan dua gol memaksa Argentina memperkemaskan aksi bagi memadam kelebihan yang dimiliki Venezuela.

Semuanya tampak di landasan yang tepat apabila Lautaro Martinez berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-59 setelah menerima hantaran cukup berkualiti daripada Giovani Lo Celso.

Namun, Venezuela mematikan sisa perjuangan Lionel Messi dan rakan-rakan selepas Josef Martinez menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-76.

Sepakan tersebut dihadiahkan selepas Juan Foyth mengasari Martinez dalam kawasan penalti.

Keputusan 3-1 itu kekal hingga tamat permainan sekaligus menjelmakan mimpi buruk buat penampilan semula Messi bersama skuad Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN