Kurang Minit Perlawanan, Renato Sanches Beri Isyarat Jelas Bakal Tinggalkan Bayern Munich

Sanches

Pemain muda yang pernah dilabelkan sebagai ‘wonderkid’, Renato Sanches memberi bayangan akan meninggalkan Bayern Munich selepas kurang mendapat peluang beraksi bersama kelab gergasi Jerman itu.

Perpindahannya dari Benfica pada tahun 2016 dengan nilai €35 juta itu tidaklah seindah seperti yang disangka pemain berusia 21 tahun tersebut.

Beliau yang turut pernah dipinjamkan ke Swansea City pada musim lalu jelas tidak gembira dengan keadaan yang dihadapinya ketika ini walaupun mengakui beliau begitu bekerja keras.

”Saya tidak gembira di sini (Bayern Munich), saya begitu bekerja keras tetapi saya masih tidak dibenarkan untuk beraksi.”

MOENCHENGLADBACH, GERMANY – MARCH 02: Fabian Johnson #19 of Borussia Monchengladbach and Renato Sanches #35 of Bayern Munich battle for possession during the Bundesliga match between Borussia Moenchengladbach and FC Bayern Muenchen at Borussia-Park on March 02, 2019 in Moenchengladbach, Germany. (Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

”Saya mahu untuk lebih banyak beraksi, mungkin di kelab lain, saya perlu gusar dengan keadaan tersebut.”

Menurut sumber Goal, Renato Sanches hanya membuat lima penampilan di semua pertandingan pada tahun 2019.

Kesemuanya dimasukkan pada lewat permainan dan aksi menentang Borussia Monchengladbach adalah aksi paling lama buat beliau apabila beraksi selama 16 minit.

Sanches yang mengidamkan anugerah Ballor d’Or buat dirinya pada masa hadapan pernah mencuri tumpuan ramai setelah beraksi cemerlang ketika membantu Portugal menjuarai Kejuaraan Euro 2016.

Ketika itu, Sanches dilihat sebagai antara pemain muda yang bakal menyinar dalam kancah bola sepak dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN