Erwin Koeman Mahu Pastikan Oman Menjuarai Piala AIRMARINE 2019

Skuad kebangsaan Oman meletakkan sasaran untuk menjuarai Piala AIRMARINE 2019 apabila bakal menentang Afghanistan dalam perlawanan pembuka tirai kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini.

Menurut ketua Jurulatih Oman, Erwin Koeman kejohanan itu merupakan medan untuk menilai prestasi pemainnya bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung pada pertengahan bulan ini.

Bekas penolong pengurus Southampton dan Everton itu mengambil alih pasukan Oman daripada rakan senegaranya, Pim Verbeek, meletakan harapan tinggi untuk melihat Oman kembali menjadi pasukan gergasi di Asia sebaris dengan Jepun dan Korea Selatan.

“Pada saya, kejohanan ini amat penting bagi menilai prestasi setiap pemain memandangkan saya tidak mengetahui banyak mengenai pemain saya kerana baru lima hari mengambil alih jawatan ini dari rakan saya Verbeek.

“Kami perlu ada mentaliti kemenangan, dan kami berada di sini untuk menang piala ini,” katanya dalam utusan malaysia. 

Piala AIRMARINE. FOTO: FAM

Sementara itu, Ketua Jurulatih Afghanistan Anoush Dastgir menganggap kejohanan ini penting bagi memperbaiki kedudukan ranking pasukannya untuk mendapatkan undian yang terbaik dalam kelayakan Piala Dunia nanti.

“Kami anggap kejohanan ini penting kerana ia menawarkan mata untuk ranking FIFA (Persekutan Bola Sepak Antarabangsa). Kami senaraikan pemain terbaik dan memang menunggu perlawanan menentang Oman esok (hari ini),” katanya.

Anoush berkata, pemainnya telah melalui dua latihan pusat di Turki selain bermain dalam lima perlawanan persahabatan sebelum menyertai Piala Airmarine.

Kedua-dua pasukan akan bermain dalam semi-final pertama pada 4.30 petang esok sebelum perlawanan antara Malaysia dan Singapura pada pukul 8.45 malam.

Pasukan yang kalah akan bertemu bagi menentukan tempat ketiga/keempat, manakala pemenang berentap dalam perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan berlangsung pada 23 Mac.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN