Valencia CF Gelakkan DC Comics Yang Mahu Menyaman Mereka Kerana Logo Kelawar

Valencia hanya mampu tergelak apabila mendengar DC Comics mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kelab tersebut. DC Comics menuduh Valencia telah menggunakan logo ‘batman’ pada logo pasukan mereka.

Adakah pemilik DC Comics terlalu jahil tentang bola sepak ataupun ‘soccer’ kerana Valencia CF sudah wujud jauh lebih tua daripada kewujudan komik Batman.

Laporan di Amerika Syarikat menyatakan DC Comics sudah menyusun langkah untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Valencia. Mereka sudah menghantar aduan rasmi kepada Intellectual Property Office of the European Union (EUIPO).

Dalam aduan tersebut, DC Comics mahukan Valencia menukar logo mereka ataupun berhadapan dengan saman.

Valencia mengeluarkan logo khas sempena ulangtahun ke-100 kelab tersebut. Oleh itu, pihak Valencia berkata mereka tidak akan sesekali tunduk dengan tuntutan tidak masuk akal DC Comics yang mahukan motif kelawar pada logo kelab itu dikeluarkan.

Wakil kepada pengurusan Valencia berkata: “Kami tidak akan berhenti menggunakan logo kelawar hanya kerana tuntutan DC Comics.”

Dan seterusnya, wakil Valencia tersebut sempat ‘troll’ DC Comics dengan menyatakan: “Ketika Valencia permain dengan logo kelawar di dada, di Amerika Syarikat mereka ketika itu sedang sibuk mengejar lembu gila.”

Ini merupakan logo-logo yang pernah digunakan Valencia sejak 1919.

Ini bukan pertama kali DC Comics membuat aduan tentang Valencia. Aduan serupa pernah dibuat pada pertama kali pada 2014.

Sebagai tambahan, Batman’lahir’ pada 1939. Jangan sampai Valencia pula menuntut agar DC Comics tidak menggunakan logo kelawar pada karakter adiwira mereka. Kerana Valencia 20 tahun lahir lebih awal daripada Batman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN