Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski berkongsikan kisah beberapa tahun yang lalu dimana beliau pernah dipujuk oleh Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos agar meninggalkan kelabnya pada ketika itu dan menyertai Real Madrid.
Namun, Lewandowski membuat keputusan memilih untuk terus kekal bersama Bayern Munich dengan menandatangani perjanjian kontrak sehingga 30 Jun 2021 pada tahun 2016.
Khabar angin mengenai pelawaan Ronaldo dan Ramos keatas Lewandoski itu menjadi berita panas media sukan antarabangsa. Bagaimanapun, pada ketika itu, tiada pihak yang tampil bercakap mengenai kebenaran dakwaan tersebut.
Buka mulut
Selepas 4 tahun, akhirnya penyerang sensasi Poland itu akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin tersebut dan mengakui bahawa beliau pernah dipujuk oleh dua bintang Los Blancos itu untuk menyertai kelab mereka.
Ketika ditanya kebenaran mengenai khabar angin bahawa Ronaldo dan Ramos telah menghasutnya untuk ke Santiago Bernabeu:
Lewandowski menjawab, “Ya, tetapi anda tahu, ketika anda bermain di peringkat tertinggi, semua orang mengatakan ‘dia boleh pergi ke sini atau ke sana’, tetapi itu tidak penting untuk saya.”
“Kerana saya tahu bagaimana rasanya dan saya tahu bahawa selepas apa yang ramai katakan, banyak pasukan menginginkan anda.”
Gembira
Kini, Lewandowski menjelaskan bahawa dirinya tidak lagi mahu memikirkan mengenai penghijrahan kelab lain.
Penyerang berusia 30 tahun itu seolah-olah telah memberi isyarat bahawa dirinya akan terus kekal berbakti di Allianz Arena sehingga tiba waktu persaraannya nanti.
“Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah keinginan saya dan apa yang saya buat. Jadi, sekarang saya tidak lagi berfikir tentang pemindahan dalam kerjaya saya.”
“Jika anda bermain di salah satu kelab terbaik di Eropah, di Dunia, anda tahu anda boleh gembira dan saya gembira di Bayern Munich,”katanya.