Krisis Kecederaan Napoli, Insigne Antara Nama Terbaru Dijangka Tidak Dapat Beraksi Menentang Arsenal

Penggempur berbisa Napoli, Lorenzo Insigne dilaporkan menyertai Vlad Chiriches dalam senarai kecederaan Napoli kerana masing-masing mengalami kecederaan pangkal paha dan hamstring.

Undian UEL yang berlangsung semalam menyaksikan Napoli diundi menentang Arsenal dalam peringkat suku akhir.

Satu perkembangan yang meresahkan peminat Napoli adalah krisis kecederaan beberapa pemain utama, ini termasuk Lorenzo Insigne.

Insigne terpaksa diletakkan di bangku simpanan semasa aksi UEL menentang Salzburg. Ujian terbaru ke atas Insigne mendapati pemain itu ada kecederaan di bahagian pangkal paha sebelah kanan.

Vlad Chiriches pastinya kecewa untuk terlepas aksi menentang Arsenal. Ini kerana beliau merupakan bekas pemain Tottenham Hotspur, yang merupakan seteru perit Arsenal.

Insigne akan terlepas beberapa perlawanan penting Serie A, aksi antarabangsa serta dijangka tidak dapat beraksi menentang Arsenal dalam perlawanan suku akhir pertama UEL.

Antara aksi yang Insigne dijangka akan terlepas adalah menentang Udinese, Roma dan Empoli – dalam Serie A. Sementara itu pada aksi menentang Genoa pada 7 April, Napoli akan menilai semula kecergasan Insigne.

Aksi menentang Genoa adalah 4 hari sebelum perlawanan menentang Arsenal di Emirates.

Sementara untuk aksi kebangsaan beliau tidak dapat beraksi dalam aksi kelayakan Euro 2020 menentang Finland dan Liechtenstein pada hujung bulan ini.

Selain daripada Insigne dan Chiriches, Napoli juga kehilangan khidmat Amadou Diawara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN