UCL 2018/19: Schalke 04 Jadi Mangsa Amukan Manchester City Di Stadium Etihad

Manchester City

Manchester City langsung tidak memberikan peluang buat Schalke 04 pada perlawanan kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 selepas membelasah wakil Jerman itu 7-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu melengkapkan kemenangan aggregit 10-2 buat Manchester City bagi mengiringi dua lagi kelab England yang sudah melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada minggu lalu iaitu Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Pesta jaringan di bandar Manchester itu bermula pada minit ke-35 selepas Sergio Aguero dengan tenang dan bersahaja menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Clement Turpin dari Perancis.

Sepakan tersebut diberikan selepas pertahanan Schalke 04, Jefrey Bruma mengasari Bernardo Silva dalam kawasan penalti.

Bantuan Video Assistant Referee (VAR) terpaksa digunakan akibat bantahan pasukan pelawat, namun ia tidak mampu mengubah keputusan asal yang dibuat Turpin.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 12: Sergio Aguero of Manchester City celebrates after scoring his sides second goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Manchester City v FC Schalke 04 at Etihad Stadium on March 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Berpunca hantaran ‘backheel’ daripada Raheem Sterling dalam kawasan penalti Schalke, Sergio Aguero melepaskan rembatan dari jarak dekat yang terus melepasi celah kaki Ralf Faehrmann untuk jaringan kedua peribadi beliau hanya berselang tiga minit kemudian.

The Cityzens semakin bernafsu bagi memburu dan giliran Leroy Sane pula meletakkan nama selaku penjaring ketiga pada minit ke-42.

Sane yang mendapat lorongan daripada Oleksandr Zinchenko, melepaskan rembatan leret yang terus membolosi gawang Faehrmann.

Raheem Sterling menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-56 selepas beliau mendapat hantaran lintang menarik daripada Sane dan kemudiannya menolak masuk bola dengan mudah.

Jaringan itu turut menjadi pertikaian para pemain Schalke yang mengatakan Sterling berada dalam keadaan ofsaid, namun keputusan VAR sekali lagi tidak memihak pasukan pelawat.

Bernardo Silva, Phil Foden dan Gabriel Jesus masing-masing menambah satu jaringan untuk menamatkan pesta jaringan 7-0 Manchester City itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN