JDT memulakan perlawanan dengan rentak positif, cuba melakukan gerakan menuju kubu pertahanan Kashima Antlers dengan bertukar-tukar hantaran di peringkat awal perlawanan.
Namun wakil negara itu hampir dihukum apabila Farizal Marlias menjatuhkan Takeshi Kanamori sedikit di luar kotak penalti di dalam tempoh lima minit pertma perlawanan.
Larian dari Safawi Rasid pada minit ke-8 pula menghasilkan sepakan sudut yang menghasilkan sepakan gunting dari Diogo Santo. Namun penjaga gol Kashima Antlers, Kwoun Suntae lebih bersedia. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Kazuma Yamaguchi pada minit ke-12 pula terus ke dalam dakapan Farizal.
Kesilapan oleh Farizal pada minit ke-15 hampir mengundang padah apabila Kashima dianugerahkan sepakan penalti. Bermula dari percubaan dari luar kotak penalti Yamaguchi yang muntah, penjaga gol itu kemudian bertindak menerjah pemain lawan dalam usaha menyelamatkan keadaan.
Bagaimanapun sepakan oleh Serginho berjaya ditolak keluar oleh Farizal untuk mengekalkan kedudukan kekal terikat 0-0. Tandukan bebas oleh Corbin Ong pada minit ke-34 perlawanan dari sepakan percuma turut tidak menepati sasaran selepas itu.
Percubaan Yamaguchi dari dalam kotak penalti berjaya dihadang oleh Mauricio Nascimento untuk sepakan penjuru pada minit ke-42.
Berpunca dari sepakan penjuru tersebut yang dikeluarkan pertahanan JDT dari zon bahaya, hantaran susulan oleh Taiki Hirato mengelirukan deretan pemain pertahanan Harimau Selatan, sebelum bola menerjah gawang untuk Kashima Antlers mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan.
43′ – GOAL! Kashima Antlers 1-0 Johor Darul Ta’zim! #JDT‘s resilience is finally broken as Taiki Hirato’s cross evades everyone and lands in the back of the net — just before the interval! #ACL2019 #KASvJDT pic.twitter.com/D0nESLOSSJ
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) March 5, 2019
Babak kedua bermula, jelas sekali JDT perlu menjaringkan gol untuk mengimpikan sesuatu dari perlawanan ini. Sebaliknya Kashima Antlers terlebih dahulu memperolehi peluang, namun kecemerlangan Farizal menyelamatkan keadaan.
46′ – DOUBLE SAVE from Farizal!
Early chance for @atlrs_official in the second 45, but #JDT goalkeeper Farizal Marlias saves first from Kanamori and then from Serginho to keep @officialjohor in the game. #KASvJDT #ACL2019 pic.twitter.com/H7EfOsrIxB
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) March 5, 2019
Kesilapan Adam Nor Azlin turut hampir dihukum. Mujurlah Adam berjaya menidakkan larian oleh Serginho. Namun tidak ada apa yang boleh menghalang Serginho dari melebarkan kedudukan pada minit ke-56 perlawanan apabila pemain itu memanfaatkan kesilapan Corbin-Ong sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol kedua Kashima Antlers.
56′ – GOAL! Kashima Antlers 2-0 #JDT!
This time, Corbin-Ong hands possession back to the home side and Serginho makes no mistake as he doubles the lead for @Atlrs_official! #ACL2019 #KASvJDT pic.twitter.com/MvpEO5v34S
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) March 5, 2019
JDT cuba melakukan beberapa gerakan selepas itu, namun Kashima Antlers jelas sudah lebih yakin berbanding persembahan wakil Jepun itu pada babak pertama perlawanan.
Namun enggan berputus asa, JDT tetap cuba mengasak kubu pasukan tuan rumah dan hasilnya, Diogo Santo berjaya menyudahkan peluang yang terhidang pada minit ke-80 selepas situasi kelam kabut hasil dari gerakan set pieces dari sebelah kanan.
80′ – GOAL! Kashima Antlers 2-1 JOHOR DARUL TA’ZIM! #JDT are back in this game and it is Diogo who scores for the team from #Malaysia! 2-1!
GET IN!!! #ACL2019 #KASvJDT pic.twitter.com/c1xLQvViAH
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) March 5, 2019
Berbaki 10 minit perlawanan, tidak banyak boleh dilakukan oleh JDT, walaupun berusaha memburu jaringan penyamaan. Perlawanan tamat, Kashima Antlers menang tipis 2-1 ke atas JDT.