Faiz Nasir Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hari ini mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula hari Selasa, 12 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 dan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac 2019.

Daripada 25 pemain tersebut, Cheng Hoe mengekalkan seramai 13 pemain dari skuad 23 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018, Disember lalu tanpa baki 10 pemain lain.

Senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

3 pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah pemain tengah dari Selangor, Faiz Nasir, pemain pertahanan PKNS, Nick Swirad dan pemain sayap PKNP FC, Hafiz Ramdan. Hadin Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini turut dipanggil.

Empat pemain muda iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari telah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee bagi memperkasakan skuad B-22 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Enam lagi pemain tidak dipanggil Cheng Hoe kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi.

Dua pemain Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih kembali memperkuatkan pasukan serta dua pemain Kedah penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Rizal Ghazali.

Para pemain akan melapor diri pada 12 Mac ini untuk menjalani latihan pusat manakala empat pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tarikh yang sama hanya akan melapor diri sehari kemudian.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama pada Rabu, 20 Mac 2019 (8.45 malam) dan berdepan Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua pada Sabtu, 23 Mac 2019 (4.30 petang atau 8.45 malam).

Selepas itu, satu lagi perlawanan bakal dihadapi mereka iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal pada 26 Mac, jam 5.30 petang sebelum para pemain dilepaskan ke kelab masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN