Analisis Taktikal: Trio Serangan JDT Terlalu Unggul, Selangor Kurang Disiplin Taktikal

Selangor sekali lagi gagal mencipta kemenangan dalam Liga Super. Namun kali ini mereka tewas di tangan pasukan juara bertahan – JDT dengan skor 2-4.

1. Asas

Selangor pada asasnya bermain dengan 4-4-2. Kemasukan Sandro awalnya kami jangkakan Selangor akan bermain dengan sistem 4-4-1-1. Namun jelas sekali Sandro dan Rufino menjadi no.9 kembar dalam sistem klasik.

JDT pula tampil dengan 4-3-3. Mengekalkan trio serangan bertiga mereka Cabrera-Diogo-Safawi.

2. Selangor kurang variasi dalam serangan

Selangor berhadapan dengan isu kreativiti sekali lagi. Dalam perlawanan ini, JDT jelas tidak terlalu agresif untuk menekan (press) mahupun mematikan ancaman apabila Selangor ada bola.

Hal ini diakui sendiri oleh Luciano Figueroa yang menyifatkan JDT memberikan ruang selesa kepada Selangor untuk mengawal bola serta menggerakkan bola tersebut. Kesannya, gol Endrick adalah contoh di mana, JDT dihukum kerana memberikan ruang selesa kepada lawan.

Namun Selangor akan hilang akal apabila tiba di ‘final third’. Walaupun Selangor mendapat 2 gol dalam perlawanan ini, mereka berhadapan dengan isu kurang permainan kombinasi di bahagian serangan.

Harus diakui serangan mereka menjalankan tugas walaupun bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang gol. 2 gol berhadapan dengan pasukan JDT boleh dikatakan baik.

Namun aspek variasi perlu diberpaiki lagi. Selangor memiliki ramai pemain berbakat, tak akan hanya bergantung kepada sistem hantaran lintang kepada target man sahaja.

3. Selangor rapuh di pertahanan

Nurridzuan antara rantaian lemah (weakest link) pasukan Selangor. Beliau bergelut berhadapan dengan pemain sayap songsang (inverted winger).

Jika sebelum ini – berhadapan dengan Pahang, beliau mengawal Sumareh yang merupakan pemain sayap tradisional, Nurri hanya perlu menolak Sumareh ke kawasan jauh di penjuru.

Ini situasi di mana beliau cuba mengenakan ‘pressure’ ataupun body charge, namun teragak-agak, sama ada perlu shadow marking ataupun mengenakan pressure secara fizikal. Akhirnya beliau ditewaskan tanpa mampu membuat sebarang keputusan.

Namun berhadapan dengan pemain seperti Safawi, Nurridzuan perlu memperbaiki aspek teknikal ketika bertahan. Beliau sukar untuk mematikan gerakan Safawi ketika pemain itu menukar arah bola ke kaki kiri ataupun ‘cut inside’.

Seterusnya, struktur pertahanan Selangor mudah pecah dan tak stabil. Mereka pada satu ketika terlalu turun ke bawah dan tidak selari untuk memerangkap lawan ofsaid.

Di tengah, Halim Saari dan Endrick gagal melindungi bek berempat dengan lebih baik. Mereka asasnya bertahan dalam 2 ‘scheme’ iaitu 4-4-2 ataupun 4-5-1.

Ini adalah contoh mereka bertahan dengan 4-5-1 memecahkan 2 banks of fours.

Organisasi pertahanan ini kurang disiplin. Mereka mudah panik. Seterusnya 2 pemain sayap mereka malas untuk ‘track back’ bek sisi ofensif JDT.

4. Trio serangan JDT yang tajam

Trio Diogo Cabrera Safawi boleh dikatakan pada kelas tersendiri dalam perlawanan ini.

JDT menekankan penguasaan bola. Mereka tidak cukup laju untuk menggerakkan bola dan tidak terlalu intensif. Namun apabila bola tiba di kaki penyerang bertiga mereka – JDT akan berupaya mendapatkan sesuatu.

Namun hubungan di antara pemain tengah dengan trio serangan mereka yang tidaklah terlalu intensif ataupun laju. Tetapi setiap kali trio serangan ini menerima bola di zon terbaik, mereka akan menghadirkan ancaman.

Gol pertama adalah kerana Diogo yang mampu mengendalikan tekanan dalam keadaan beliau berseorangan. Ianya juga dibantu oleh Nguyen yang kurang bernasib baik gagal mengeluarkan bola. Usaha Diogo harus dipuji kerana itu yang mencetuskan kemungkinan.

Seterusnya Safawi mencetuskan gol kedua dengan gerakan masuk di byline dan cuba melakukan cutback.

Gol Cabrera hadir kerana keupayaan Diogo menghantar bola dengan visi yang sangat tinggi.

Dan gol ke-4 dimulakan oleh Cabrera yang memintas masuk ke dalam, merembat ke arah Khairul Azhan dan tindakan susulan Leandro pula menyempurnakannya.

Boleh dikatakan JDT tidak beraksi pada tahap terbaik sebagai satu pasukan yang ada 11 pemain. Namun penyerang bertiga mereka sangat tajam.

Mereka memiliki kualiti antisipasi yang sangat tinggi. Kesemua gol JDT adalah melibatkan bola kedua (tindakan susulan). Mereka berada di tempat dan masa yang tepat.

Kualiti linking up dan poaching Diogo memang menjadi perbezaan terbesar di antara kedua-dua pasukan.

5. Kelemahan JDT

Dalam perlawanan ini, JDT menekankan kestabilan di tengah. Afiq Fazail dan Hariss Harun sangat baik dalam bertukar peranan dengan segera. Di bawah ini gambaran bagaimana Afiq dan Hariss aktif bertukar peranan, dan Leandro pula lebih bebas untuk fokus kepada ofensif.

Hariss banyak diarahkan untuk mematikan gerakan dan sumber kepada Rufino. Namun mereka perlu memperbaiki aspek intensiti serta fluiditi sebagai pasukan yang gemar menguasai bola.

Seterusnya, mereka perlu memperbaiki aspek counterpressing. Ini kerana JDT gemar menolak unit pemain yang ramai ke hadapan. Oleh sebab counterpressing yang lemah, Selangor beberapa kali menebuk mereka dengan serangan balas.

Di pertahanan, Mauricio dan Kiko Insa tidak cuku commanding. Kiko Insa terlalu agresif untuk melakukan bentesan dan membolehkan pemain lawan memanipulasi ruang.

Hariss sendiri ada beberapa kali lazy defending yang membolehkan Rufino melepaskan percubaan dari luar kotak penalti.

Rumusan

Perlawanan ini dimenangi JDT kerana trio serangan yang tajam. Sementara itu, B. Sathianathan pastinya kecewa dengan kerapuhan pertahanan beliau yang menyukarkan usaha mereka untuk bangkit.

Pada masa yang sama, Selangor perlu memperbaiki aspek variasi dalam taktikal serta permainan secara unit. Selangor jelas sekali tidak mahu bertarung di tengah dan banyak melakukan hantaran yang ‘bypass’ tengah.

Seterusnya, Selangor kurang disiplin dalam taktikal. Pemain mereka tidak jelas sama ada perlu kekal zonal ataupun mengenakan tekanan secara unit atau individu. Ianya perkara yang perlu diperbaiki oleh kem Selangor.

JDT pun turut harus memperbaiki aspek pertahanan mereka. Di tengah, mereka berdisiplin secara zonal, namun kurang intensif dalam merencana gerakan. Ini bukanlah aksi berpasukan yang intensif oleh JDT namun mereka sangat tajam di zon serangan kerana adanya trio serangan yang sedang dalam prestasi yang baik.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Diogo (JDT)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN