Previu MSL 2019: Selangor Cari Kemenangan Pertama Berhadapan JDT

Perlawanan tumpuan LS5 pastinya Selangor vs JDT yang akan berlangsung di Shah Alam. Selangor dalam misi mencari kemenangan pertama, manakala JDT sudah merekodkan 3 kemenangan dan 1 seri dalam 4 perlawanan pertama mereka.

Rekod 6 pertemuan terakhir

Kedua-dua pasukan boleh dikira memiliki rekod yang seimbang dalam 6 perlawanan terakhir. JDT dan Selangor masing-masing menang 2 perlawanan, dan 2 lagi seri.

Pertemuan terakhir Selangor dan JDT adalah dalam Liga Super 2018, pada Mei 2018 di mana ianya berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Misi getir B. Sathianathan

Selangor menunjukkan tanda-tanda positif dari segi corak permainan ketika seri 1-1 menentang Pahang dalam aksi LS4. Namun Selangor tetap perlu membayar harga yang tinggi selepas gagal menang dalam perlawanan yang dianggap ‘winnable’ sebelum ini.

B. Sathianathan mengakui beliau kini perlu bermula daripada bawah untuk membentuk skuad Selangor yang stabil berbanding dengan pasukan seperti JDT yang banyak mengekalkan pemain lama – serta melakukan sedikit penambahan untuk kekuatan skuad.

Serangan JDT vs pertahanan Selangor

Ianya adalah pertembungan antara serangan paling tajam dengan antara pertahanan paling rapuh buat masa ini. JDT menjaringkan 9 gol dalam 4 perlawanan, berkongsi dengan Kedah sebagai pasukan paling banyak gol dalam tempoh tersebut.

Manakala Selangor melepaskan 7 bolos dalam 4 perlawanan, bersamaan dengan 1.75 bolos per perlawanan. Hanya Kuala Lumpur lebih banyak bolos dengan 8. Ada 3 lagi pasukan yang turut bolos 7 kali dalam 4 perlawanan iaitu Felda United, PJ City dan PKNP FC.

Sandro dan Rufino

Rufino merupakan penjaring terbanyak Selangor untuk musim 2018 dengan 31 gol dalam semua pertandingan, dan menyumbangkan 54% gol mereka dalam Liga Super pada musim lalu (19 gol dalam liga).

Jaringan daripada Rufino Segovia memastikan Selangor tidak tewas di Stadium Darul Makmur. FOTO: FA Selangor

Beliau masih bergelut dengan prestasi pada musim ini dengan pembentukan skuad yang baharu. Namun kehadiran Sandro Mendonca diharap akan dapat membantu Rufino di bahagian serangan. Sandro dijangka akan melakukan debut beliau pada hari ini.

Corak permainan JDT

Harus diakui JDT juga masih cuba memperbetulkan corak permainan mereka dalam beberapa perlawanan awal liga. Namun mereka memiliki kualiti bakat yang sangat baik – dan boleh menjadi pengubah nasib pasukan.

JDT mementingkan penguasaan bola dan juga dominasi di bahagian tengah.

Lucho. Luciano Figueroa
Foto: JST

JDT pasukan yang gemar untuk menyerang dengan unit yang ramai. Buat masa ini, mereka juga bergelut untuk mengekang serangan balas oleh pihak lawan.

Fakta perlawanan
  • Selangor masih belum kalah dalam 3 perlawanan terakhir di tempat sendiri berhadapan dengan JDT.
  • JDT menjaringkan 11 gol dalam 5 perlawanan terakhir menentang Selangor
  • Selangor hanya menang 2 kali dalam 10 pertemuan terakhir dengan JDT dalam semua pertandingan
  • Selangor masih belum menang dalam 5 perlawanan terakhir di halaman sendiri dalam semua pertandingan, melepaskan 12 bolos dalam 5 perlawanan terakhir di tempat sendiri.
  • JDT masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, menjaringkan 11 gol dalam proses
  • JDT hanya menang sekali dalam 6 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan dalam semua pertandingan
Sebelum wisel

Ini merupakan perlawanan yang sangat penting untuk kedua-dua pasukan kerana adanya perseteruan di antara mereka dalam arena bola sepak Malaysia.

Tekanan pastinya lebih kepada Selangor. Dalam bola sepak, tekanan itu sentiasa ada, dan yang paling penting adalah cara untuk para pemain dan pasukan itu mengendalikan tekanan serta cuba mengatasi tekanan itu.

JDT sentiasa bergelut dalam perlawanan berhadapan dengan pasukan Selangor terutamanya di tempat lawan.

Jadi, mampukah Selangor mencipta kemenangan pertama dengan menewaskan juara bertahan JDT pada malam ini?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN