Pengurusan kelab bola sepak Fulham semalam mengesahkan mereka telah memecat pengurus kelab, Claudio Ranieri selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Southampton yang menyaksikan mereka semakin menghampiri zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
Bekas pengendali Chelsea yang berjaya membawa Leicester menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2015-16 hanya meraih tiga kemenangan daripada 17 perlawanan sejak mengambil alih tugasan pengurus bersama Fulham.
Fulham kini hanya dibezakan dengan 10 mata dari zon penyingkiran dengan baki beberapa perlawanan sahaja untuk musim ini.
106 – Claudio Ranieri lasted just 106 days in charge of Fulham – only six managers in Premier League history have had shorter permanent tenures at a single club. Finito. pic.twitter.com/Av8HfTPobV
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2019
Malah, Fulham juga tewas 1-2 kepada pasukan Liga 2, Oldham di pusingan ketiga Piala FA sehingga mengundang pelbagai kritikan pedas dalam kalangan penyokongnya.
Pengerusi kelab Fulham FC turut mengumumkan bekas pemain tengah England, Scott Parker akan mengambil alih jawatan Ranieri sebagai pengurus sementara hingga penghujung musim ini.
Fulham Football Club Chairman Shahid Khan today named Scott Parker as Caretaker Manager, replacing Claudio Ranieri.
👉 https://t.co/cxx8utJdUy pic.twitter.com/3sikRtiH3I
— Fulham Football Club (@FulhamFC) February 28, 2019
Slavisa Jokanovic sebelum ini berjaya membawa Fulham ke saingan Liga Perdana Inggeris dan dia melaburkan sejumlah 100 juta pound (RM540.16 juta) untuk membawa masuk pemain seperti Jean Micheal Seri, Andre-Frank Zambo Anguissa, Aleksandar Mitrovic dan Alfie Mawson bagi memperkuatkan pasukan.
Selain itu Fulham turut mendapat khidmat pemain pinjaman seperti Andre Schurrle, Luciano Vietto, Timothy Fosu-Mensa dan Sergio Rico namun hanya berjaya meraih lima mata daripada 12 perlawanan pertama musim ini dan membuatkan Jokanovic dipecat.