Hasmawi Hassan Akui Beliau Juga Ditipu Oleh Bekas Presiden PFA

Bekas pemain kebangsaan, Hasmawi Hassan tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai penajaan Kolej Malaysian Integrated Business (MIB) sambil mengakui dirinya dipergunakan sepanjang bertugas sebagai pegawai khas mantan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit.

Pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada semua pihak sepanjang penglibatannya dalam PFA dan menuntut Ahmad Amizal supaya bertanggungjawab di atas semua perkara yang berlaku.

“Saya merasakan dia mengguna pakai kami. Ia babitkan nama saya dan sememangnya amat terkesan apabila semua rakan-rakan kami teraniaya. Bila tiba masa ini yang berlaku dan jauh dari sudut hati memang saya sedih. Saya sedih sebab ramai yang teraniaya.

“Saya mohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak khususnya rakyat Perlis, sahabat saya, pemain, jurulatih. Saya hanya menjalankan tugas sekadar termampu dengan saya ditugaskan lebih kepada penasihat (babitkan soal bola sepak) tanpa menyentuh soal pengurusan serta kewangan.

“Tetapi (daripada apa yang berlau) kesannya cukup besar terhadap individu terbabit dan ia boleh merosakan pemain bola sepak selain menjatuhkan rumah tangga orang kerana di belakang pemain ada orang yang perlu diberi makan.

“Namun hingga sekarang dia (Ahmad Amizal) tidak buat apa-apa tindakan. Kepada Datuk, ‘keluarlah’ untuk pikul tanggungjawab apa yang sudah dilakukan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Hasmawi Hassan. FOTO: Perlis FA

Mengulas mengenai kerjasama Kolej MIB dengan PFA, Hasmawi menjelaskan beliau sebenarnya merupakan jurulatih pasukan bola sepak Kolej MIB tersebut dan dipinjamkan kepada PFA.

Pusat latihan di Janda Baik milik Kolej MIB

Ketua Pegawai Operasi, Kolej Malaysian Integrated Business (MIB), G Raaj Kumar tampil menjelaskan mengenai kerjasama pihaknya dengan PFA.

Beliau menjelaskan pusat latihan di Janda Baik yang menempatkan skuad Piala Belia dan Piala Presiden Perlis telah diambil alih oleh pihaknya Oktober tahun lalu.

https://twitter.com/perlisfootball/status/1094821767917367296

Ia sekali gus menamatkan persoalan ketika premis itu dikatakan milik bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie.

Raaj Kumar menegaskan dalam Berita Harian, pihaknya hanya menyediakan venue latihan dan kemudahan lain tetapi tidak pernah menaja skuad Perlis.

“Kami ambil alih tempat itu pada Oktober lalu untuk meningkatkan lagi mutu pemain namun ia tidak ada kaitan dengan bekas presiden.

“Saya juga mahu jelaskan yang kami bukan penaja mereka tetapi kami hanya jalinkan kerjasama. Pihak kami tidak beri komitmen daripada segi kewangan.

“Ini kali pertama kami buat kerjasama dengan pasukan dengan harapan dapat membantu pembangunan pemain. Apa yang terjadi adalah sebaliknya yang dilihat boleh merosakkan reputasi kami terutamanya dalam kalangan ibu bapa,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN