Ong Kim Swee Perlukan Barisan Terbaik Hadapi Kelayakan AFC B-23

Bulan Mac 2019 merupakan bulan yang paling sibuk bagi skuad kebangsaan. Skuad Harimau Malaya akan berentap dalam Piala AIRMARINE (20 & 23 Mac) manakala skuad B-23 Malaysia dijadualkan menghadapi kelayakan AFC B-23 (22 hingga 26 Mac). Selain itu, skuad Malaysia B-19 juga akan berangkat ke Jepun untuk menyertai kejohanan Piala Sanix pada 11 hingga 21 Mac.

Sudah tentu yang paling mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air ialah kelayakan AFC B-23 dimana juara kumpulan dan empat naib juara terbaik setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Kejohanan AFC B-23 yang menawarkan tiket ke sukan olimpik Tokyo 2020.

Kelayakan AFC B-23 akan berlangsung di Kuala Lumpur dan Malaysia selaku tuan rumah diundi dalam Kumpulan J yang turut dibarisi China, Laos dan Filipina.

Sesi latihan skuad Malaysia B-23 di Wisma FAM. FOTO: FAM

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, memberi jaminan pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara (B-23) tidak akan terpilih menyertai skuad senior hadapi Piala AIRMARINE untuk memastikan impian layak ke saingan AFC B-23 jadi kenyataan.

Skuad B-23 Malaysia dijangka akan dibarisi oleh bintang muda negara seperti Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Syahmi Safari yang membantu skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara Piala AFF 2018.

Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, menyedari tugas berat sedang menanti dan beliau perlu membuat persiapan yang terbaik untuk memastikan Malaysia dapat tempat ke peringkat akhir AFC B-23.

“Kami tidak boleh mengambil mudah kejohanan ini. Kami harus melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi Kejohanan AFC B-23 dan mengharapkan kesemua pemain melapor diri 10 hari sebelum perlawanan pertama kami,” katanya dalam Stadium Astro.

Kim Swee memiliki tempoh 10 hari untuk mempersiapkan pasukan dan mengesahkan barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya akan melapor diri selepas aksi pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), 12 Mac ini.

“Pemain-pemain JDT akan melaporkan diri bersama pasukan 13 Mac ini kerana mereka perlu beraksi dalam ACL terlebih dahulu.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN