FAM Perkenalkan Kejohanan Piala AIRMARINE 2019

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memperkenalkan kejohanan 4 penjuru yang dinamakan sebagai Piala AIRMARINE 2019. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 dan 23 Mac 2019.

Selain Malaysia, tiga negara mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan ini iaitu Oman yang berada di ranking ke 90 dunia, Solomon Islands (143) dan Singapura (165).

Malaysia akan mempertaruhkan skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe kerana skuad bawah 23 tahun negara beralih fokus kepada persiapan untuk menghadapi kelayakan AFC B-23 bulan depan.

FOTO: FAM

Undian kejohanan dijangka berlangsung pada minggu hadapan dan mengikut format kalah mati.  4 pasukan akan berentap di perlawanan pertama pada 20 Mac. Penentuan tempat ke-3 dan aksi final pula dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.

Sebelum ini FAM mengesahkan bekas peserta Piala Dunia, New Zealand akan menyertai kejohanan ini namun mereka terpaksa menarik diri dan digantikan dengan Solomon Islands.

Piala AIRMARINE merupakan salah satu persiapan anak buah Tan Cheng Hoe bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 tahun ini. Malaysia muncul sebagai naib juara Piala AFF 2018 apabil tewas kepada Vietnam di perlawanan akhir.

Setiap pasukan Liga Malaysia dijangka tidak mempunyai masalah untuk melepaskan tonggak utama kerana kejohanan ini dilangsungkan mengikut tarikh dalam kalendar antarabangsa FIFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN