Lupakan Kegagalan AFF B-22, Kelayakan AFC B-23 Sedang Menanti

Selepas tersingkir daripada Kejohanan AFF B-22 kelmarin, skuad bawah 22 tahun negara (B-22) kini beralih tumpuan kepada kempen kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 26 Mac ini di Kuala Lumpur.

Menurut pengendali skuad itu, Datuk Ong Kim Swee, beliau sudah ada gambaran mengenai barisan yang mantap dan memuji prestasi muka baharu di atas padang bagi menggantikan tonggak utama yang tidak mendapat perlepasan daripada kelab masing-masing.

“Oleh kerana jadual terlibat dengan jadual Liga Malaysia dan stadium tidak begitu baik, ia merencatkan permainan pasukan. Apa yang saya lihat, ada beberapa pemain yang mampu mengisi slot tertentu. Mereka hanya perlu diberikan masa lebih panjang serta banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak mahu menyentuh tentang pemain yang tiada di sini. Apa yang penting adalah siapa yang ada di sini. Mereka membuktikan bahawa mereka mahu bersama pasukan. Pemain yang ada membuktikan kemampuan mereka walaupun tanpa beberapa nama,” kata Kim Swee dalam Stadium Astro.

AFF B-22. FOTO: FAM

Skuad Malaysia diundi dalam kumpulan J kelayakan AFC B-23 bersama China, Laos dan Filipina. Perlawanan ini penting bagi memastikan sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi kenyataan.

Mengulas mengenai punca penyingkiran awal skuad negara daripada Kejohanan AFF B-22, Kim Swee mengakui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan kegagalan ini akan menjadi pengajaran yang berguna kepada anak buahnya.

“Kami tidak boleh menyalahkan sesiapa. Perlawanan pertama kami gagal mendapatkan mata. Mungkin ia menjadi pengajaran yang cukup bermakna. Selepas ini, kami harus memikirkan tentang kelayakan Kejohanan AFC dan melakukan persiapan lebih awal,” ujar Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN