PSG Dan Lassana Diarra Setuju Berpisah, Tamatkan Kontrak Secara Bersama

Anda masih ingat Lassana Diarra? Beliau kini berstatus ejen bebas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak.

Lassana Diarra menyertai Paris St. Germain pada Januari 2018. Pada ketika itu, beliau menandatangani kontrak selama 18 bulan. Bekas pemain antarabangsa Perancis ini diberikan jersi bernombor 19.

Ada trofi?

Sepanjang bersama kelb juara Perancis itu, Diarra memenangi tiga kejuaraan pada musim lalu. Gelaran tersebut ialah Ligue 1, Coupe de France dan Coupe de La Ligue.

Namun begitu, musim ini dilihat agak sukar bagi Diarra. Beliau hanya diturunkan dalam 4 perlawanan setakat kempen musim ini.

Gemilang
Lassana Diarra ketika menyertai Portsmouth kira-kira lebih 10 tahun lalu. Sumber: Pompey.co.uk

Beliau mempunyai karier yang sukses di England. Semasa bersama Chelsea, beliau memenangi Piala FA dan Piala Liga pada musim 2006/07.

Pada musim 2007/08, beliau salah seorang pemain Portsmouth yang memenangi Piala FA.

Diarra pernah menyarung jersi Real Madrid. Sewaktu bersama kelab Sepanyol itu, beliau memenangi Copa del Rey pada musim 2010/11.

Musim seterusnya menyaksikan beliau memenangi liga teratas Sepanyol bersama kelab yang sama.

Pada musim 2012/13, beliau berhijrah ke Rusia dengan menyertai Anzhi Makhachkala. Beliau sempat hanya semusim dengan kelab itu dan berhijrah ke Lokomotiv Moscow.

Selamat berjaya

Diarra kembali ke tanah airnya pada 2015 sebagai pemain Marseille. Pada 2017, Diarra pula menjadi pemain kelab Emiriah Arab Bersatu, Al Jazira.

Pada 24 Disember 2017, Al Jazira dan Diarra menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Kemudiannya barulah beliau berpindah ke Paris St. Germain.

Kelab itu mengeluarkan kenyataan selamat berjaya kepada Diarra di laman web rasminya lewat hari ini. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pemain defensif tengah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN