AFF B-22: Ong Kim Swee Puji Semangat Melawan Pemain Malaysia

Jaringan sepakan percuma cantik dari Nik Akif Syahiran dan tandukan Hadi Fayyadh telah memastikan peluang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) untuk mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFF B-22 masih ada.

Meskipun ketinggalan satu gol ketika perlawanan menentang Indonesia semalam, anak buah Datuk Ong Kim Swee mempamerkan semangat melawan dan bangkit menyamakan kedudukan sehingga 2-2.

Situasi itu membuatkan Kim Swee tersenyum gembira melihat karakter mereka dan pada masa yang sama memuji prestasi pemainnya yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama.

“Mereka dilatih untuk berdepan situasi seperti itu. Mereka tahu apa kekuatan mereka.

“Kami ke sini tanpa beberapa pemain tonggak. Permukaan padang juga tidak cukup baik untuk kami beraksi.

“Namun, kami perlu lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Gerakan bola mati membuktikan ia mampu memberikan perbezaan buat pasukan ini.

“Kami masih berpeluang dan perlu fokus dalam setiap perlawanan. Indonesia sentiasa ancaman terbesar, namun pemain kami juga sentiasa memaparkan kebangkitan,” kata Kim Swee seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-22 ketika menentang Indonesia semalam. FOTO: FAM

Kedudukan terkini dalam kumpulan B menyaksikan Malaysia berada di tangga ketiga dengan 1 mata dibelakang Kemboja (6 mata) dan Indonesia (2 mata). Malaysia memerlukan 3 mata dalam pertemuan menentang Myanmar esok untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.

“Dengan satu mata, kami masih berpeluang. Kami memerlukan kemenangan ke atas Myanmar untuk layak ke separuh akhir,” tambahnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Indonesia, Indra Sjafri, bingung memikirkan mengapa pasukannya gagal mematikan cabaran Malaysia.

Berdasarkan kedudukan dalam Kumpulan B, Indonesia berpeluang ke separuh akhir jika mereka menewaskan Kemboja tanpa perlu menghiraukan keputusan Malaysia dengan Myanmar.

“Sejak minit pertama hingga akhir, mereka sentiasa memberikan tentangan dan memaksa kami untuk bersaing hebat.

“Datuk Ong seakan-akan sudah mengkaji corak permainan kami. Malangnya kami gagal memanfaatkan penguasaan permainan.

“Beberapa kesilapan individu menyekat kemenangan kami,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN