ACL 2019: Shandong Luneng Bangkit Pada Babak Kedua, Elak Daripada Disingkirkan Hanoi FC

Shandong Luneng berhadapan dengan Hanoi FC dalam pusingan kelayakan ke peringkat kumpulan ACL 2019. Ini merupakan aksi yang awalnya dijangka akan didominasi oleh Shandong Luneng.

Marouane Fellaini direhatkan dalam aksi ini dan hanya menyaksikan dari tempat duduk penyokong.

Shandong Luneng yang turut dibarisi oleh Graziano Pelle – ternyata dikejutkan dengan aksi bertenaga Hanoi FC. Shandong Luneng ternyata diberikan pakej kejutan dalam perlawanan ini.

Pelle dan Guedes melakukan kombinasi untuk memberikan ancaman kepada Hanoi FC pada awal minit ke-12.

Separuh masa pertama Hanoi FC mendahului dengan 1 gol menerusi jaringan pemain sensasi Vietnam, Nguyen Van Quyet. Satu separa voli yang cantik. Ianya satu pendahuluan yang selayaknya dimiliki oleh Hanoi FC.

Ini adalah statistik pada separuh masa pertama yang jelas menunjukkan Hanoi FC pasukan yang lebih baik.

Selepas separuh masa pertama yang sukar, Shandong Luneng memperbaiki rentak mereka pada separuh masa kedua. Hasilnya mereka menyamakan kedudukan menerusi Liu Jun Shuai pada minit ke-65.

Pada minit ke-67 Hanoi peluang terbaik untuk kembali di hadapan menerusi Ganiyu Oseni namun percubaan beliau sedikit tersasar.

Hanoi terus memberikan aksi yang baik namun masalah utama mereka adalah penyudah. Ini statistik percubaan ke arah gol selepas 71 minit.

Pada minit ke-72, Graziano Pelle meletakkan Shandong Luneng di hadapan menerusi tandukan kilas yang menewaskan penjaga gol Hanoi.

Pada minit ke-86, pemain gantian Liu Bin Bin memastikan Shandong Luneng mara ke peringkat kumpulan ACL 2019 dengan satu rembatan deras.

Pada masa kecederaan, Zhou Hai Bin menyempurnakan serangan balas yang membentuk 4 v 3. Dan ianya jaringan terakhir petang ini. Shandong Luneng menang 4-1 mengatasi Hanoi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN