Kapten Liverpool, Jordan Henderson menegaskan bahawa pasukannya memiliki sepenuhnya kemampuan untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris(EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah sekaligus.
Di pentas EPL musim ini, Liverpool sedang bersaing dengan Manchester City dan Tottenham Hotspurs untuk menguasai tangga teratas liga. Melihat dengan prestasi cemerlang anak buah Jurgen Klopp pada ketika ini, mereka dinilai berpotensi untuk dinobatkan sebagai juara sekaligus mengakhiri kemarau selama 30 tahun kelab tersebut.
Sementara, kegagalan Liverpool diperlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menjadikan pemangkin kebangkitan untuk The Reds meraih prestasi lebih baik musim ini.
Pendekatan Liverpool
Henderson menyebut bahawa Liverpool sentiasa menganggap setiap baki perlawanan musim ini adalah perlawanan terbesar bagi mereka, termasuk menjelang pertemuan dengan Bayern Munich, awal pagi nanti.
Ditanya kepadanya, mana satu pilihan antara EPL dan Liga Juara-Juara, jawab Henderson: “Jika kami[Liverpool] boleh memilih, kami akan memilih dua-duanya.”
“Kami mengutamakan perlawanan demi perlawanan, tidak kira apakah persaingan sekalipun, jadi pada hari Rabu[lawan Bayern], bagi kami adalah perlawanan terbesar musim ini.”
Miliki keupayaan
Henderson menyuarakan keyakinan meraih gelaran juara musim ini. Beliau menegaskan bahawa pasukannya mempunyai keupayaan untuk tampil dengan cemerlang dalam kedua-dua pertandingan.
“Akan terus seperti itu sehingga akhir musim ini, seperti itulah pendekatan kami di setiap perlawanan. Itulah yang harus kami lakukan, bukan hanya menumpukan kepada satu kejuaraan sahaja.”
“Saya berasakan kami memiliki skuad yang mampu bersaing dalam dua saingan berbeza dengan sebaik mungkin. Semoga diakhir musim, kami berjaya menjadi juara, jika tidak satu, maka kedua-duanya sekali,” kata Henderson.