Andreas Christensen Ubah Fikiran, Mahu Terus Bersama Chelsea

Christensen

Pertahanan Chelsea, Andreas Christensen mengubah fikiran untuk meninggalkan Chelsea apabila memilih untuk kekal di Stamford Bridge, menurut laporan Goal.

Musim ini, pemain antarabangsa Denmark itu kurang mendapat perhatian oleh pengurus pasukan, Maurizio Sarri. Setakat ini, beliau hanya berpeluang beraksi 14 perlawanan sahaja, dan dua darinya adalah untuk saingan Liga Perdana Inggeris(EPL).

Berbanding pada musim lalu ketika pasukan dibimbing oleh Antonio Conte, Christensen menjadi pilihan utama mengetuai benteng pertahanan pasukan dan telah tampil sebanyak 40 perlawanan semusim.
Hal tersebut mencetuskan kebimbangan mengenai masa depannya, sekaligus mendorong diri beliau untuk ‘angkat kaki’ meninggalkan Chelsea.

Ubah fikiran

Christensen menceritakan bahawa ada dua kelab Eropah membuka tawaran kepadanya pada perpindahan Januari lalu. Namun, sebarang perpindahan tidak menjadi kenyataan disebabkan beliau memilih untuk kekal selepas mendapati kelab masih memberikan perhatian kepadanya.

Chelsea’s Andreas Christensen (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

“Pada masa itu (perpindahan Januari), ada dua pilihan yang sangat jelas dan kemudian ada saya. Saya hanya perlu membuat keputusan dengan menunjukkan bahawa diri saya sudah bersedia mengambil kesempatan yang datang (terima tawaran).”

“Banyak perbincangan diadakan mengenai perpindahan tersebut, tetapi dengan segera saya menjelaskan bahawa kelab masih memberikan perhatian kepada saya untuk terus diberikan peluang bermain.”

“Sudah tentu saya gembira mendengarnya, jadi saya perlu terus membuktikan kemampuan diri saya. Saya berasakan, saya telah bermain dengan baik dalam beberapa kesempatan terakhir dan saya hanya boleh berharap dapat kembali diberi peluang itu semula.”

Risau

Ditanya apakah beliau tidak risau sekiranya beliau masih terus berada dibangku simpanan sehingga akhir musim ini, katanya beliau sedia menghadapi risiko itu kerana itu adalah pilihannya selepas yakin dengan perbincangan antara dia dan pihak kelab.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 27: Andreas Christensen of Chelsea during the FA Cup Fourth Round match between Chelsea and Sheffield Wednesday at Stamford Bridge on January 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Tentu sahaja saya sangat risau. Namun, ketika kelab meyakinkan saya bahawa saya masih diperlukan, saya kembali yakin dan boleh menerimanya.”

“Saya sudah berada di kelab ini selama bertahun-tahun dan saya masih gembira di sini. Pertimbangkan keinginan untuk berpindah, hanya semata-mata kerana kurang mendapat peluang bermain. Tetapi saya melihat ke hadapan[positif] dan saya dapat terima dengan keadaan ini,” jelas Christensen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN