Arjen Robben Tidak Mahu Anfield Jadi Igauan Buruk Yang Terus Menghantui Dirinya

Robben

Pemain veteran Bayern Munich, Arjen Robben menyuarakan kebimbangannya menjelang aksi penting saingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang Liverpool, Rabu ini di Anfield.

Robben mengakui tekanan yang bakal dihadapi beliau apabila perlu beraksi di Anfield yang dianggapnya sebagai stadium ‘terburuk’ pernah dimainkannya selama berkarier sebagai pemain bola sepak.

Anfield sememangnya menjadi mimpi ngeri buat pemain kelahiran Belanda itu ketika beliau mewakili Chelsea satu ketika dahulu. Pada musim 2004/05 dan 2006/07, Chelsea tersingkir di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, dan dua-duanya adalah kerana Liverpool.

Hal ini membuatkan Robben amat takut jika kisah ngeri itu terus berulang menghantuinya bersama kelab Bayern Munich.

Stadium terburuk

Menurut Robben, setiap pemain bola sepak pasti memiliki kenangan soal lawan terbaik dan terburuk yang pernah mereka hadapi.

Baginya, yang terburuk adalah Liverpool dan Anfield. Beliau akui, beraksi di kubu kuat Liverpool itu bakal memberikan tekanan besar buat semua pasukan lawan.

Liverpool’s Steve Finnan (l) and Xabi Alonso close down Chelsea’s Arjen Robben (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

“Saya kira, jika anda bertanyakan soal stadium terburuk bagi saya, mungkin itu adalah Stadium Liverpool [Anfield]. Anda selalu berdepan lawan pilihan anda, dan selalu ada yang paling terburuk,” jelas Robben di fourfourtwo.

Mengimbas kembali dua kekalahan Chelsea keatas Liverpool di peringkat separuh akhir beberapa waktu yang lalu, Robben sebagai berkata: “Pada saat itu, Liverpool benar-benar sebuah pasukan yang mahu berjuang untuk merangkul kejuaraan Eropah, juga Piala FA, atau kejuaraan Premier League.”

Aura kejuaraan

Robben turut percaya yang Liverpool dibawah kendalian Jurgen Kloop pada hari ini memiliki aura kejuaraan.

Mereka mampu melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan kini mereka amat dahagakan trofi kejuaraan yang kali terakhir berjaya dilakukan pada tahun 2005.

Liverpool manager Jurgen Klopp celebrates after the final whistle during the Premier League match at Anfield, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

“Mereka benar-benar mampu memberikan kebolehan terbaik dalam satu atau dua perlawanan. Itulah kualiti terbaik mereka: mereka boleh memberikan yang terbaik apabila mereka memerlukannya.”

“Sekarang saya fikir ada banyak perubahan dan mereka sedang berkembang dengan baik. Jurulatih telah melakukan tugas yang luar biasa,” katanya.

“Tahun lepas mereka berada di perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan kini mereka berada di kedudukan teratas [Premier League]. Sudah lama sejak mereka memenangi liga, dan itulah satu perkara yang mereka impikan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN