Kekalahan tipis 0-1 keatas BATE Borisov dalam perlawanan pusingan pertama, peringkat 32 pasukan terbaik Liga Europa di Borisov Arena awal pagi tadi akan dijadikan pengajaran bermakna buat Arsenal, untuk memperbaiki permainan pada perlawanan yang akan datang.
Perkara itu diperkatakan oleh pengurus pasukan, Unai Emery yang menganggap anak buah buahnya tidak mempamerkan karektor sebenar, dan perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya.
Gol tunggal dari Stanislav Dragun pada penghujung babak pertama menjadi bekalan Borisov bagi menghadapi perlawanan timbal balik selepas ini. Kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu semula pada 22 Febuari akan datang di Stadium Emirates.
Perlawanan berbeza
Arsenal tiada jalan lain untuk meneruskan kempen kejuaraan selain perlu meraih kemenangan dengan mencipta jaringan melebihi satu gol di Emirates.
Emery bagaimanapun berjanji bahawa pasukan kendalian beliau akan bangkit pada perlawanan itu nanti.
“Ini adalah perlawanan pertama. Kami akan menjalani perlawanan seterusnya di London [Stadium Emirates] dan saya yakin ianya akan berbeza.”
“Saya percaya kepada pemain ,dan stadium ini dengan sokongan dari para penyokong. Saya percaya segala persiapan kami selepas ini menjadikan keputusan yang berbeza berbanding hari ini.” kata Emery selepas perlawanan.
Kad Merah Lacazette
Perlawanan itu turut dicemari dengan layangan kad merah ke atas penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette pada minit ke-85.
Mengulas mengenai insiden tersebut, Emery berkata, beliau sama sekali tidak melihat insiden kekasaran yang dilakukan pemain penyerangnya itu keatas pemain lawan, Aleksandar Flipovic.
“Saya tidak melihat kejadian itu. Kami berbicara mengenainya dan kami mengawal rasa marah itu”
“Kad merah itu adalah perkara buruk. Kami akan bermain tanpanya pada minggu depan nanti,” kata Emery.