Kehadiran Kelab Amatur Dalam Saingan Shopee Piala FA Malaysia 2019 Cetus Waspada Pasukan Elit

Piala FA

Pasukan elit dalam kejohanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 percaya mereka perlu berwaspada dengan kejutan yang boleh dilakukan pasukan berstatus amatur kali ini.

Buat julung kali menyaksikan penglibatan 38 pasukan amatur dalam saingan kalah mati itu iaitu penyertaan terbesar selepas Malaysian Football League (MFL) sekadar menerima tujuh pasukan tahun lalu.

Hasil undian pada Sabtu lalu, 36 pasukan daripada M3 dan M4 akan bermain perlawanan pusingan kelayakan pada 16 dan 17 Februari ini yang melibatkan 18 perlawanan dan dua pasukan yang mendapat bye secara automatik layak ke pusingan pertama.

Dan bagi 12 pasukan elit unifi Liga Super dan 10 pasukan Liga Premier bakal mengetahui lawan mereka di pusingan kedua selepas pasukan amatur mengharungi peringkat kelayakan dan pusingan pertama awal Mac depan.

Menurut bek kanan Selangor Syahmi Safari, dia menjangkakan saingan Shopee Piala FA Malaysia 2019 tahun ini akan penuh dengan kejutan.

“Pada saya, ia menjanjikan saingan yang sengit sebab banyak pasukan dari liga bawah bertanding kali ini. Piala FA kita tak boleh jangka, sebab ia pusingan kalah mati, jadi setiap perlawanan penting.

“Memang semua pasukan kena berhati-hati apabila bertemu pasukan M3 dan M4,” katanya.

Pada tahun lalu, Syahmi kecewa apabila skuad The Red Giants dikecewakan Pahang di pentas final menerusi keputusan 2-0.

Sementara itu bagi pemain pertahanan berpengalaman Melaka Razman Roslan yang pernah menjulang kejuaraan bersama Pahang pada 2014 dan Selangor (2005, 2009) percaya usaha MFL menerusi sokongan penaja Shopee dengan menggalakkan penyertaan banyak kelab amatur adalah bagus.

“Bagi saya ini satu penambahbaikan kepada Shopee Piala FA itu sendiri, tak dinafikan selalunya Shopee Piala FA menjanjikan kejutan kepada pasukan-pasukan.

“Sekarang saya sudah menang tiga Shopee Piala FA bersama Selangor dan Pahang mungkin ada rezeki InsyaAllah boleh menang dengan Melaka pula,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN