Kevin Ramalingam: Cari Sumber Kewangan Sendiri Selesaikan Tunggakan Gaji, Jangan Hanya Harapkan Geran Tahunan

Kevin

Malaysian Football League (MFL) mengingatkan pasukan-pasukan Liga Malaysia agar tidak mengambil mudah isu tunggakan gaji pemain mereka dengan cuba bersandarkan pada geran tahunan pasukan masing-masing.

Lebih tepat, MFL tidak menolak kemungkinan menyekat geran tahunan mana-mana pasukan jika mereka masih gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji pada musim lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, beliau mengakui tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menghentikan ‘budaya’ pasukan-pasukan Liga Malaysia yang mahu menggunakan kesempatan dengan geran tahunan bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain.

Jelas Kevin, krisis kewangan pasukan itu tidak akan selesai jika mereka hanya bergantung kepada geran tahunan yang mana mereka sepatutnya mencari jalan penyelesaian menerusi kewangan pasukan itu sendiri.

“Kepada mereka yang menunggu geran tahunan daripada MFL untuk menyelesaikan hutang pemain boleh tunggu sampai bila-bila. Untuk pengetahuan, geran tahunan ini adalah bagi musim 2019.

“Jika kami memberikan geran tahunan ini kepada pasukan terlibat (dengan masalah tunggakan gaji) kemudian mereka menggunakan geran tahunan ini untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka pada tahun lalu, apa yang akan berlaku pula untuk musim 2019?

“Jadi masalah tidak akan selesai. Malah, kita hanya mengalami kitaran sama sahaja. Perkara ini harus dihentikan. Mereka wajib menyelesaikan dahulu tunggakan gaji sebelum MFL memberikan geran tahunan bagi musim 2019 kepada mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kevin memberitahu antara tindakan susulan yang akan diambil kepada pasukan-pasukan gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji adalah pemotongan mata liga atau penyingkiran divisyen liga lebih bawah namun ia perlu dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum sebarang keputusan muktamad.

“Harus diingat, apa saja keputusan yang diambil nanti adalah keputusan semua pasukan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mewakili semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Ia bukan keputusan saya atau pihak sekretariat MFL,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN