Skuad Terengganu FC (TFC) sudah tiba di Kuantan sebentar tadi dengan misi untuk membawa pulang tiga mata penuh apabila dijadualkan berdepan Pahang dalam aksi kedua Liga Super malam esok.
Setelah terikat 1-1 dengan PKNS FC minggu lalu, skuad penyu terdesak untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka esok supaya dapat mengembalikan semula keyakinan para penyokongnya.
Bagi Jurulatih FC, Irfan Bakti Abu Salim, beliau mengakui Pahang bukan lawan yang mudah kerana dibarisi oleh pemain yang berkualiti dan mampu menghukum kelekaan barisan pertahanan pasukannya.
Menurut Irfan, dua jaringan Dickson Nwakaeme ketika menentang Kuala Lumpur Jumaat lalu membuktikan sentuhannya masih berbisa, sekali gus memberikan amaran kepada pemainnya.
“Saya juga tahu Pahang berupaya membunuh lawan sekiranya Nor Azam (Azih) terlalu diberikan ruang manakala (Mohamadou) Sumareh dan Saddil (Ramdani) cukup licik di bahagian sayap.
“Untuk penyerang kami menembusi kubu mereka juga sukar kerana kehadiran pemain pertahanan tinggi lampai Pahang, Herold Goulun,” katanya dalam Stadium Astro.
Agak melegakan jurulatih berpengalaman itu ialah kembalinya Andrew Lee Tuck yang terlepas aksi pembukaan akibat penggantungan untuk bergandingan dengan Sanjar Shaakhmedov.
Skuad Tok Gajah kini berada dalam prestasi terbaik apabila menewaskan Kuala Lumpur, 3-1 minggu lalu sehingga memastikan mereka menghuni kedudukan teratas Liga Super musim ini.
Penyerang Terengganu FC (TFC) yang dilahirkan di Kuantan, Malik Mat Ariff mahu mengetepikan seketika pertalian persaudaraannya dengan Pahang dan tekad mengejutkan skuad kendalian Dollah Salleh dihadapan ribuan penyokong tuan rumah.
—
Saksikan perlawanan secara live di Semuanya BOLA. Khas untuk anda. Tanpa log masuk, tanpa pendafatran. [Klik sini] untuk menonton perlawanan MSL2019.