Pemain Real Madrid, Isco ternyata kecewa dengan apa yang menimpa dirinya ketika ini apabila beliau jelas tidak menjadi pilihan pengurus, Santiago Solari.
Isco turut beranggapan bahawa dirinya tidak mendapat peluang yang sama seperti rakan sepasukan yang lain dalam skuad Los Blancos.
Segalanya bermula selepas pengendali sebelum ini, Julen Lopetegui yang dipecat dan digantikan dengan Solari pada bulan penghujung bulan Oktober tahun lalu.
Menurut sumber Goal, Santiago Solari menegaskan beliau tidak mempunyai masalah dengan Isco.
Sebelum ini, bekas pemain Real Madrid, Ruben de la Red mengulas mengenai situasi yang dihadapi Isco dengan menjelaskan mana-mana pemain yang tidak beraksi setaraf dengan kualiti kelab tersebut akan kehilangan tempat mereka.
”Real Madrid merupakan sebuah kelab yang tidak akan menunggu sesiapapun. Setiap pemain dalam skuad ini cukup baik untuk merebut tempat anda dan sesiapa yang tidak mencapai tahap tersebut akan tertinggal ke belakang.”
Kenyataan itu yang membuatkan Isco terdetik untuk menjawab serta menceritakan masalah yang dihadapinya ketika ini di Twitter rasmi milik beliau.
Ini adalah respon Isco terhadap kenyataan yang dikeluarkan de la Red:
”Saya sangat bersetuju dengan De la Red, tetapi apabila anda tidak mempunyai peluang yang sama seperti rakan sepasukan anda, ia mengubah segalanya.”
”Walaupun begitu, saya berterusan bekerja keras dan berjuang untuk masa itu apabila peluang tersebut tiba! Hala Madrid!!”.
Totalmente de acuerdo con De la Red,pero cuando no gozas de las misma oportunidades que tus compañeros la cosa cambia… aún así sigo trabajando y luchando mucho a la espera de ellas! Hala madrid!!💙
— ISCO ALARCON (@isco_alarcon) February 7, 2019