Malam ini Perak bakal berdepan tugas sukar untuk aksi kedua unifi Liga Super di Ipoh apabila dijadualkan berdepan skuad Helang Merah yang menewaskan mereka dalam perlawanan perisai unity shield bulan lalu.
Ia juga bermakna malam ini merupakan penampilan pertama penyerang import Perak, Gilmar Da Silva dalam saingan Liga Super musim ini.
Beliau tekad mahu memberikan yang terbaik untuk memastikan tiga mata penuh dapat diraih pasukannya dalam pertemuan menentang skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.
Gilmar tidak beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin minggu lalu yang menyaksikan Perak tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ekoran penggantungan perlawanan.
Dia nekad untuk memberikan impak segera buat Perak ketika menentang Kedah memandangkan ia adalah kemunculan kali pertamanya musim ini.
“Saya amat teruja memandangkan saya tidak dapat beraksi dalam perlawanan pertama.
“Saya berharap untuk diturunkan dan dapat membantu pasukan ini menghadapi perlawanan besar menentang Kedah,” katanya dalam Stadium Astro.
Skuad Mehmet Durakovic bagaimanapun kelihatan tempang untuk berdepan Kedah malam ini selepas mereka kehilangan tiga pemain utama iaitu Nasir Basharudin, Kenny Pallraj dan Shahrel Fikri Md Fauzi yang disahkan mengalami kecederaan.
“Kedah merupakan pasukan yang baik.
“Namun, kami perlu beraksi menyerang di laman sendiri.
“Saya berharap dapat membantu pasukan ini meraih kemenangan,” tambahnya.
—
Saksikan perlawanan secara live di Semuanya BOLA. Khas untuk anda. Tanpa log masuk, tanpa pendafatran. [Klik sini] untuk menonton perlawanan MSL2019.