KLFA Nafi Bayar Gaji Sebelum Lawan JDT Untuk Beri Motivasi Kepada Pemain

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) telah menjawab semula kenyataan yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai hal tunggakan gaji.

Menurut laporan Berita Harian, pihak KLFA menafikan yang usaha menyelesaikan tunggakan gaji dalam kalangan pemain skuad itu ada kena mengena dengan memberikan motivasi tambahan sebelum menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebaliknya menurut Nokman Mustaffa yang merupakan Setiausaha Agung KLFA, ianya hanyalah sekadar kebetulan sahaja.

“Tiada kaitan pun hal urusan tunggakan gaji itu dengan perlawanan menentang JDT.”

“Ia merupakan perkara biasa buat kami apabila kami sudah punya duit, kami akan selesaikan semuanya.”

Menurut Nokman, urusan pembayaran gaji itu telah pun diselesaikan sebelum 1 Februari yang lalu iaitu pada hari pembukaan Liga Super menentang Pahang.

Malah kata Nokman lagi, beliau cukup bersyukur apabila urusan ini berjaya diselesaikan untuk memastikan para pemain mendapatkan hak mereka.

“Kami sudah janji untuk bayar semuanya sebelum perlawanan menentang Pahang dan kami syukur ianya berjaya dilaksanakan.”

Sebelum ini, TMJ adalah menulis di laman Twitter beliau dengan menyindir pasukan Kuala Lumpur yang kononnya tiba-tiba sahaja berjaya membayar gaji sebelum perlawanan menentang JDT di Larkin.

“Bila nak lawan JDT saja, baru nak bayar gaji ke? Bila ada isu oleh kerana kelemahan diri sendiri tak nak mengaku.”

Namun begitu, setakat artikel ini ditulis tweet tersebut telah pun dipadam.

JDT akan melayan kunjungan Kuala Lumpur pada malam ini di Larkin jam 9 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN