Safee Sali Bakal Tinggalkan Perlis Untuk Sertai Pasukan Kelantan?

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali dikhabarkan hampir pasti meleraikan ikatan bersama skuad Singa Utara susulan isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sejak bulan lepas.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai gambar beliau dan penjaga gol Perlis bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Red Warriors (KRW), Fazli Mohamad, sekaligus menguatkan lagi khabar angin penghijrahan beliau ke Kota Bharu.

Bercakap kepada Stadium Astro, ketika ditemui selepas latihan skuad Perlis semalam enggan memberi komen lanjut dan menafikan beliau akan menyertai skuad The Red Warriors dalam masa terdekat.

“Itu mungkin satu perjumpaan minum kopi kerana semalam adalah hari cuti dan saya tidak ada sesi latihan, jadi saya dapat bertemu individu tersebut,” kata Safee.

Menurut sumber, difahamkan perlawanan menentang UiTM FC esok bakal menjadi perlawanan terakhir Safee dan rakan-rakan seandainya gaji yang dituntut sejak Disember masih belum dilangsaikan.

Selain safee, pemain sayap, Khyril Muhaimeen Zambri, dan pertahanan, Nasriq Baharom, turut dijangka angkat kaki manakala pemain tengah, Badhri Radzi dilihat sedang bersama pemain pasukan Kelantan United.

“Macam-macam gambar saya boleh keluarkan dan itu hanya sekadar gambar. Orang ramai boleh katakan apa sahaja. Untuk tahu sebarang perkembangan, saya akan cakap melalui media semasa.

“Apa yang penting, saya ingin fokus bersama Perlis dan menghormati kontrak yang telah ditandatangan,” tambah Safee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN