Pemain jentera serangan Barcelona, Malcom Oliveira menafikan tuduhan keatasnya yang mengatakan bahawa dirinya mengalami tekanan bersama kelab Catalan tersebut.
Malcom dibeli Barca dengan harga 41 million euros (RM194 juta) daripada Girondins Bordeaux dengan mengikat perjanjian kontrak selama lima tahun.
Namun, sejak tiba di Camp Nou, Malcom kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Ernesto Valverde. Musim ini, beliau hanya berpeluang tampil dalam 7 perlawanan La Liga, enam darinya sebagai pemain gantian.
Valverde lebih gemar meletakkan Lionel Messi bergandingan dengan Luis Suarez dibahagian serangan dan Malcom hanya berperanan sebagai pemain sandaran.
Hal ini membuatkan peminat Barcelona khususnya, mengatakan Malcom seolah-olah sedang mengalami tekanan selepas menyertai kelab tersebut.
Sentiasa gembira
Malcom menjadi watak penting buat Barcelona mengikat Real Madrid dalam perlawanan pusingan pertama peringkat separuh akhir Piala Copa del Rey yang berlangsung awal pagi tadi.
Pemain Brazil itu mencetak gol pada minit ke-57 dan membawa pasukan mengikat perlawanan 1-1 sehingga tiupan wisel penamat.
Malcom ketika ditemubual selepas tamat perlawanan, beliau sebagai berkata, gol tersebut menjadi bukti bahawa dirinya sentiasa berada dalam baik dan gembira di Barcelona.
Beliau turut berkata, ramai rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya, termasuk ahli keluarga dan ejennya.
“Saya selalu tenang, sama seperti saat baru tiba di Barca. Saya ada kawan yang setiasa menyokong saya. Keluarga dan ejen selalu memberikan sokongan untuk saya serta rakan sepasukan saya juga. Ramai yang sentiasa berada dibelakang saya.”
“Satu gol yang telah membantu kami untuk bangkit dan menyamakan kedudukan. Seterusnya, kami akan berangkat ke [Santiago] Bernabeu dengan membawa misi dan kepercayaan diri yang lebih tinggi lagi,” jelas Malcom.
Penat
Mengulas mengenai tindakan Valverde yang mengeluarkannya pada babak kedua perlawanan, Malcom menjelaskan bahawa dirinya mengalami sedikit kepenatan.
“Saya sedikit kepenatan. Saya tidak bermain kebelakangan ini, tetapi saya lebih percaya diri. Saya akan bekerja keras untuk berkembang dan bermain lebih lagi,” kata Malcom.
Pusingan kedua Piala Copa del Rey antara Barcelona dan Real Madrid akan berlangsung pada penghujung bulan Februari di Santiago Bernabeu.