Presiden PFA Janji Akan Selesaikan Isu Tunggakan Gaji

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit berjanji akan menyelesaikan segala isu yang sedang dihadapi oleh pasukan itu terutamanya tunggakan gaji pemain dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata dalam Berita Harian, meminta penyokong memahami dan memberi ruang kepada pengurusan PFA untuk mencari jalan menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Orang boleh bercakap di luar tetapi apa yang berlaku di dalam, saya rasa pasukan berada dalam harmoni, tidak seperti yang digambarkan dalam media sosial dan sebagainya.

“Saya minta kerjasama dengan semua penyokong untuk beri ruang dan masa kepada pasukan kerana kita baharu saja bermula.

“Banyak impak negatif kami dapat yang boleh menyukarkan perancangan asal dan boleh mempengaruhi persiapan pasukan. Apapun kita akan berusaha dan saya selaku presiden akan selesaikan isu ini dalam masa terdekat.

“Kami masih baharu. Kalau hari ini saya ambil alih dan tiga tahun (lagi) perkara ini masih berlaku, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi saya baru tiga bulan. Kalau bayi apa yang dia boleh buat dalam tiga bulan?,” katanya.

Pemain Perlis tetap menjalani latihan seperti biasa sejak semalam. FOTO: Northernlions Perlis

Beliau turut menafikan beberapa pemain ternama seperti Mohd Badhri Radzi dan Khyril Muhymeen Zambri berhijrah ke pasukan lain sambil menjelaskan ketiadaan pemain tersebut ketika aksi sulung Liga Premier 2019 menentang UKM FC adalah kerana strategi jurulatih.

“Kadang-kadang kenyataan diberi pemain OK tetapi cerita asal dan cerita selepas itu sudah jadi benda yang susah. Badhri balik ke Kelantan kerana ada masalah kesihatan dan Insya-Allah dia akan bersama kita.

“Dalam pasukan ada 30 pemain tetapi jurulatih hanya akan pilih 18 terbaik untuk disenaraikan (dalam setiap perlawanan). Mungkin jurulatih ada strategi dan kita serah kepadanya untuk buat pilihan,” jelasnya.

Manzoor Azwira akui pemain Singa Utara tertekan

Sementara itu, pengendali skuad singa utara, Manzoor Azwira mengakui isu tunggakan gaji telah memberi kesan kepada pasukannya sehingga menggangu fokus pemain dalam perlawanan sebenar.

“Sebenarnya gaji pemain ini cuma sangkut sebulan sahaja, bukan dua bulan kerana tarikh kemasukan gaji bulan kedua masih belum tiba lagi.

“Apabila lihat isu ini hangat diperdebatkan, keluarga pemain ada yang menghubungi saya bertanya sedangkan pemain masih boleh bersabar tetapi tekanan yang diberikan mengganggu fokus kami.

“Lagipun, bukan Perlis sahaja yang menghadapi masalah ini (gaji tertunggak), pasukan lain juga sama dan saya harap selepas ini pemain tidak terlalu beremosi sehingga melaporkan kepada media,” katanya dalam Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN