Debut yang cemerlang untuk Liridon Krasniqi. Beliau menjaringkan gol pembukaan untuk Melaka musim ini dengan libasan gunting [bicycle kick] yang sangat cantik.
Melaka memulakan kempen musim ini berhadapan dengan PJ City FC. Safiq Rahim mengetuai pasukan Melaka.
Melaka di hadapan pada minit ke-36 menerusi Liridon Krasniqi. Saksikan gol tercantik pada minggu pembukaan Liga Super 2019 ini.
36' | WHAT A GOAL MAT DON!
@MelakaUnitedSA mendahului melalui jaringan menarik hasil sepakan gunting pemain import baru mereka, Liridon Krasniqi!
Melaka 1-0 Petaling Jaya City#MELPJC#MFLLive#unifiLigaSuper19 pic.twitter.com/Y7Ds2pqtuj
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 2, 2019
Menuju 2 minit sebelum rehat, giliran seorang lagi pemain baharu Melaka United – Casagrande pula menambah 1 lagi gol untuk. Ianya dilakukan dengan tandukan dari dalam kotak penalti – untuk membolehkan pasukan tuan rumah masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2-0.
43' | GOL MELAKA!
Casagrande menambah duka buat Petaling Jaya City di Stadium Hang Jebat!
Melaka 2-0 Petaling Jaya City#MELPJC#MFLLive#unifiLigaSuper19 pic.twitter.com/ObaqXiat9y
— MFL LIVE (@MFL_Live) February 2, 2019
Petaling Jaya City FC memperbaiki aspek permainan mereka pada separuh masa kedua. Melaka United gagal untuk mendapat gol tambahan pada separuh masa kedua.
Sebaliknya PJ City yang merapatkan jurang gol pada minit ke-57 menerusi R. Bharathkumar. Sekaligus menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah kelab tersebut – menjaringkan gol dalam saingan Liga Super Malaysia.
PJ City jelas memberikan masalah kepada Melaka United pada separuh masa kedua. Jelas sekali Zainal Abidin perlu menggariskan aspek taktikal mereka selepas apa yang berlaku pada separuh masa kedua. PJ City tampil dengan aksi lebih yakin pada separuh masa kedua.
Tamat perlawanan, Melaka mengumpul 3 mata di hari pertama Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC.