Queiroz Dedahkan Qatar Membiayai Segalanya Untuk Iran Menghadapi Kempen Piala Asia

Bekas pengendali Iran, Carlos Queiroz membuka mulut tentang pengurusan bola sepak Qatar yang menyuntik dana bantuan kepada Iran. Ini kerana Qatar FA simpati dengan nasib pasukan kebangsaan Iran yang tidak dibantu oleh kerajaan negara tersebut.

Pendedahan Quireoz ini mengejutkan ramai penyokong Iran. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Iran sebelum ini memotong dan menghadkan dana untuk pasukan kebangsaan mereka.

Kenyataan Queiroz itu menjadi viral di Iran. Ini selepas pasukan negara itu tersingkir di peringkat separuh akhir.

“Tanpa tanpa QFA [FA Qatar], kita tak akan mampu, kem ini [Iran] tak akan mampu berbuat apa-apa. Segala persiapan, dan perlawanan pershabatan juga mustahil untuk dilangsungkan. Mereka [FA Qatar] membiayai segalanya.”

Quieroz membuka rahsia itu selepas menamatkan kontrak denganFA Iran kerana tersingkir di separuh akhir Piala FA. Namun kenyataan Queiroz ini sebenarnya menggambarkan perletakan jawatan beliau lebih daripada itu.

“Dalam perlawanan terakhir, mereka [QFA] membayar stadium, padang dan perbelanjaan kedua-dua pasukan. Qatar membayar segalanya kerana Iran tak ada apa-apa – kosong.”

https://twitter.com/PersianFutbol/status/1091405266757828610

“Buat masa ini, saya berasa kecewa. Saya perlu bekerja keras untuk memastikan pasukan ini, para pemain dan staf terus bersatu hati. Realitinya bukan mudah. Kami tidak boleh berpura-pura bahawa di sini tiada masalah langsung. Segalanya memberikan masalah kepada semua orang.”

Dalam perlawanan menentang Jepun, beberapa siri aksi kekasaran dan juga insiden tidak ‘sporting’ dilakukan pemain Iran. Mungkin ianya adalah kerana tekanan yang dimaksudkan oleh Queiroz.

Queiroz yang membimbing Iran sejak 2011, melepaskan jawatan beliau selepas Iran tersingkir.

Ramai juga yang memuji Qatar kerana tidak mendedahkan perkara itu kepada media. Mereka cuba membantu negara Iran secara rahsia. Mereka tidak mahu mendapat publisiti. Namun sebaliknya perkara itu didedahkan oleh Queiroz yang kecewa dengan FA Iran.

Qatar menjuarai Piala Asia buat pertama kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN