Aidil Akui Tak Dapat Tidur Lena Memikirkan Barisan Terbaik Kedah

Malam esok adalah pengalaman pertama Liga Malaysia bagi jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak apabila pasukannya dijadualkan menentang PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung esok.

Skuad Helang Merah terdesak memburu 3 mata penuh bagi memulakan saingan Liga Super musim ini dengan langkah kanan dan Aidil kini berdepan kesukaran untuk memilih 18 pemain terbaik yang akan mengalas cabaran pasukan tersebut.

Katanya dalam Berita Harian, semua pemain Kedah menunjukkan komitmen yang tinggi dan mereka tidak sabar untuk turun beraksi di atas padang.

“Sejak dua hari lalu saya bagaikan tak lena tidur bagi menentukan barisan 18 pemain Kedah yang akan saya pilih untuk menyertai perlawanan sulung ini dan saya akui ini satu tugas yang sukar.

“Pemain muda bersungguh-sungguh mempamerkan prestasi terbaik mereka supaya dipilih dan pada masa yang sama, pemain senior juga menunjukkan aksi terbaik mereka.

“Saya dan pemain begitu teruja dan bersemangat untuk memulakan aksi pada perlawanan pertama seterusnya menggalas cabaran misi memburu tiga mata.

“Ini ‘pening kepala’ yang positif dan saya yakin ia sebagai satu motivasi baik untuk saya dan pasukan dalam menempuh cabaran musim ini,” katanya.

Aidil Sharin Sahak memberi taklimat kepada pemain Kedah ketika perlawanan persahabatan pra musim. FOTO: Kedah FA

Bekas pengendali Home United ini menegaskan pasukannya cukup bersedia dari segi mental dan kecergasan setelah melalui beberapa perlawanan persahabatan dan persiapan pra musim di Thailand.

Mengulas mengenai pertemuan menentang PKNP FC, Aidil mengakui ia bukanlah satu perlawanan mudah buat pemainnya dan beliau menjangkakan tentangan hebat bakal diberikan pihak lawan.

“Ini bukan satu perlawanan mudah untuk Kedah yang hadir sebagai ‘underdog’ kerana PKNP FC sudah dikenali memiliki pemain muda yang berjiwa kental tambahan pula mereka beraksi di tempat sendiri dalam perlawanan pertama,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN