Manchester United Bersetuju Lepaskan Marouane Fellaini Ke China

Fellaini

Manchester United dilaporkan telah bersetuju mengadakan perbincangan bagi proses perpindahan pemain tengah mereka, Marouane Fellaini ke kelab Liga Super China, Shandong Luneng.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan BBC, perpindahan tersebut mungkin akan tertangguh ketika pasaran perpindahan China ditutup hingga 28 Februari hadapan. 

Sebelum ini, BBC mendedahkan bahawa pemain kebangsaan Belgium tersebut telah menunjukkan minat untuk menerima tawaran dari Shandong Luneng meskipun beliau baru sahaja memperbaharui kontrak dua tahun bersama United hingga 2020 pada musim panas lalu.

Pemain tengah berusia 31 tahun menyertai Manchester United pada 2013 ketika kelab tersebut kendalikan oleh David Moyes dengan harga perpindahan dicatatkan sebanyak £27.5 juta (RM148 juta).

Sejak tiba di Old Trafford, Fellaini kerap menikmati aksi utama di bawah kendalian bekas pengurus United, David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho yang gemar menggunakannya sebagai pembantu penyerang.

Namun begitu, sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih tugas dari Mourinho, Fellaini sering diletakkan sebagai pemain cadangan di bangku simpan.

Setakat ini, beliau hanya sekali diberikan peluang beraksi sebagai pemain gantian di dalam perlawanan Piala FA menentang Reading yang menyaksikan Man. United menang 2-0.

Semasa kelab dibimbing oleh Moyes, Fellaini telah melakukan sebanyak 141 penampilan EPL, dan berjaya menjaringkan 25 gol serta mencipta 14 bantuan gol.

Kemudian, dibawah Louis van Gaal dan Jose Mourinho, beliau telah mencetak 22 gol dalam 177 penampilan dalam semua perlawanan yang melibatkan pasukan.

Fellaini membantu United memenangi trofi Piala FA pada tahun 2016 serta Liga Europa dan Piala Liga pada tahun 2017.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN