Nama Leroy Sane menjadi kejutan sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 di Rusia selepas namanya tidak disenaraikan oleh Joachim Leow bagi membarisi skuad Jerman pada ketika itu.
Ia nyata keputusan yang amat mengejutkan kerana Sane cemerlang membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris 2017/18.
Lebih perit buat Jerman apabila buat pertama kali negara Bavaria itu tersingkir di peringkat awal sejak 80 tahun lalu.
Bagi Sane, beliau secara peribadinya tidak terkesan dengan apa yang menimpa karier hebat beliau musim lalu tetapi sebaliknya menganggap ia sebagai motivasi besar buat dirinya.
”Sudah tentu, ia sukar buat saya untuk menerimanya tetapi di akhirnya saya merasakan ia seperti, ‘Baiklah, anda perlu terus melangkah’.”
”Saya fikir sekiranya anda mula untuk memikirkan tentang perkara ini dan menjadi marah serta cuba untuk mencari alasan dan bercakap mengenainya, saya merasakan ia sebenarnya tidak membantu anda.”
”Anda hanya memikirkannya semula: ‘apa yang berlaku?’ Dan anda tidak fokus terhadap apa yang akan terjadi pada musim berikutnya.”
”Anda perlu untuk bermain dengan baik bagi meningkatkan prestasi, mungkin Piala Dunia berikutnya atau anda akan terlibat dengan beberapa kejohanan lain.”
”Bagi saya, ia seperti motivasi yang besar: ‘Ya, baiklah, sekarang saya perlu untuk melakukan lebih, lebih dan lebih lagi.”
Leroy Sane kini sedang menikmati prestasi hebat selepas berjaya menjaringkan lapan gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.